Sudah 2 -3 minggu asyik buat tumis air sayur. Jadi minggu lepas buatlah sayur putih yang juga digemari anak-anakku. Rupa-rupanya tok ma pun gemar sayur putih ini. Cara memasakkannya pun mudah...
Bahan-bahannya :
10 batang kacang panjang (dipotong 1 inci panjang)
1 batang lobak merah (dipotong bulat)
1/4 buku bunga kobis (dipotong dadu)
1 bungkus bebola ikan (cap mushroom)
1 labu bawang besar (dipotong lapan)
santan (RM2.00)
Cara membuatnya :
1. Masukkan semua bahannya dalam periuk dan separuh santan + air masak~masakkan diatas dapur menggunakan api sederhana. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau untuk mengelakkan pecah minyak.
2. Bila sayur sudah agak layu dan mendidih, masukkan lebihan santan. Biarkan 2 - 3 minit,kemudian matikan api.
"mudahkan,selamat mencuba"
Mega, bolehla bawa ke sekolah untuk 'pot luck' sempena menyambut Ramadan hari Khamis ni...
ReplyDeletecedapnyeee..=)
ReplyDeletesedap tu kak..
ReplyDeleteros~ehh tak tahu pun ada potluck pd khamis ni, nasib baik ros kabo...kena bawa benda lain sbb santan beku pagi2 n x sempat nak buat...
ReplyDeleteKH~biasa2 je tapi sedaplah jugak (angkat bakul tu...he,he)
Farah~hemmm:)