Pages

Tuesday, July 26, 2011

Sayur putih kacang panjang






Sudah 2 -3 minggu asyik buat tumis air sayur. Jadi minggu lepas buatlah sayur putih yang juga digemari anak-anakku. Rupa-rupanya tok ma pun gemar sayur putih ini. Cara memasakkannya pun mudah...

Bahan-bahannya :

10 batang kacang panjang (dipotong 1 inci panjang)
1 batang lobak merah (dipotong bulat)
1/4 buku bunga kobis (dipotong dadu)
1 bungkus bebola ikan (cap mushroom)
1 labu bawang besar (dipotong lapan)
santan (RM2.00)


Cara membuatnya :

1. Masukkan semua bahannya dalam periuk dan separuh santan + air masak~masakkan diatas dapur menggunakan api sederhana. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau untuk mengelakkan pecah minyak.

2. Bila sayur sudah agak layu dan mendidih, masukkan lebihan santan. Biarkan 2 - 3 minit,kemudian matikan api.

"mudahkan,selamat mencuba"

4 comments:

  1. Mega, bolehla bawa ke sekolah untuk 'pot luck' sempena menyambut Ramadan hari Khamis ni...

    ReplyDelete
  2. ros~ehh tak tahu pun ada potluck pd khamis ni, nasib baik ros kabo...kena bawa benda lain sbb santan beku pagi2 n x sempat nak buat...

    KH~biasa2 je tapi sedaplah jugak (angkat bakul tu...he,he)

    Farah~hemmm:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)