Artikel berkaitan
Tuesday, August 2, 2011
Sayur campur berwarna-warni!
Kali ini bagi menarik minat wani, ira dan syu supaya memakan sayur terutamanya pada bulan puasa ini, saya mengoreng sayur yang begitu berwarna-warni. Bahan-bahannya sama sahaja seperti sayur goreng kobis cuma kali ini saya guna kobis ungu dan brokoli.
Cara memasaknya:
Tumis bahan 1 sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan 2 (fish cake yang dipotong kecil) sebatikan dan akhir sekali masukkan bahan 3 (lobak merah, kobis ungu, brokoli dan kacang panjang yang sudah dipotong dan ditoskan). Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga sebati dan sayur agak layu. Ok dah pun siap. Selamat mencuba...
Labels:
sayur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teratai,
ReplyDeleteWahh... meriahnya! :D Saya pun suka makan sayur.
ermm... terima kasih atas kemaafan yang di berikan, dan terima kasih yang tidak terhingga, kerana menganggap saya sebagai anak... terasa rindu dengan umi di malaysia... heheheh.
ReplyDeletecolorful! hehe...kak, slamat berpuasa....
ReplyDeletewahh sayur campur warna warni..mmg best ..kalu 1 wrna je kurg mnarik cket..kalu warna warni mnarik utk dimakan hehe
ReplyDeletes820~bila meriah tu baru anak2 nak makan sayur...:)
ReplyDeleteku~semoga terubat rindunya:)
Lin Azlina~ selamat berpuasa juga buat lin
aunieZ~betul tu,he,he..