Pages
▼
Friday, August 26, 2011
Sup Ikan Merah
Kalau beli ikan merah, biasanya masak lauk sweet sour. Tapi kali ini ubah selera sikit, masak sup ikan merah pula. Ikuti resipinya...
Bahan utama ~ 1 keping ikan merah (potong 2)
Bahan kisar :
2 labu kecil bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 helai daun bay
3 biji buah keras ~ ketuk sedikit biar pecah
1 bungkus sup bunjut ikan
2 - 3 cawan air
Bahan pelengkap (tak letak pun tak apa!) :
2 biji ubi kentang (potong 4)
1 biji tomato
1 batang serai ~ ketuk sedikit
daun saderi/daun sup
Cara memasak :
1. Tumiskan bahan kisar + bahan tumis (kecuali sup bunjut + air) sehingga naik bau.
2. Masukkan air + ubi kentang + sup bunjut.
3. Apabila ubi kentang sudah empuk dan sup mendidih, masukkan ikan + serai + tomato. Masak sehingga ikan masak (5 - 8 minit). Tutup api.
4. Hidangkan dengan taburan daun sup.
suka sup ikan! tapi jarang buat...yang dibuat sup ni, orang kata, ikan merah yang liat tu..adakah?
ReplyDeleteaik, silap akaun, xperasan guna anak punya..haha
ReplyDeleteCikguGeo~oh ikan merah yg liat (keras isinya) jarang saya beli. Biasanya beli yg isi lembut (warna putih)~masak sekejap je jgn terlalu lama...nanti isi ikannya hancur!
ReplyDelete