Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, October 21, 2011

Ayam Bumbu Berkentang


Pada hari Rabu (19/10/11), aku dapat mc sebab sakit tekak. Tapi anggota lain tu sihat..he,he. Tu yang masak special sikit untuk wani, ira dan syu makan bila balik sekolah...biasanya makan lauk beli kat kantin je. Kesianlah pulak, hari-hari makan lauk beli! Jom layan resipi ayam bumbu berkentang ni...

Bahan utama :

1/2 ekor ayam (potong kecil) ~lumurkan dengan garam + kunyit serbuk kemudian goreng separuh masak.

2 biji ubi kentang (potong wedges) ~gaulkan garam dan goreng.

Bahan kisar:

5 - 10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 in halia

Bahan pelengkap :

100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
3 helai daun limau purut
2 labu bawang besar ~ dipotong bulat

Cara memasak :

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan bahan pelengkap (kecuali bawang besar).

2. Masak sehingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau sehingga kuah hampir pekat, masukkan daun limau + garam + gula.

3. Sebelum angkat, masukkan bawang besar. Masak 2 -3 minit lagi dan bolehlah matikan api.Masukkan kentang goreng dan sebatikan. Siap untuk dihidang.

6 comments:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)