Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, October 22, 2011

Sup ikan tenggiri



Ikan tenggiri sentiasa ada disimpan di dalam peti ais, untuk masa-masa kecemasan! Kalau tak ada lauk sangat, goreng saja ikan tenggiri ini dan dicicah dengan kicap atau sambal belacan. Tapi hari ini, buat sup ikan tenggiri sebab kalau tak ada kuah tu, makan nasi tak berapalah nak lajunya.Tambahan pula hari ini hujan, memang sedap makan sup masa hujan-hujan begini. Jom ikuti resipi ringkas ini ....


Bahan utama ~ 2 keping ikan tenggiri (potong 2)

Bahan kisar :

1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan tumis :

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 helai daun bay
3 biji buah keras ~ ketuk sedikit biar pecah

1 bungkus sup bunjut ikan
2 - 3 cawan air

1 biji ubi kentang (potong 4)

Cara memasak :

1.
Tumiskan bahan kisar + bahan tumis (kecuali sup bunjut + ubi kentang + air) sehingga naik bau.

2. Masukkan air + ubi kentang + sup bunjut.

3. Apabila ubi kentang sudah empuk dan sup mendidih, masukkan ikan.
Masak sehingga ikan masak (5 - 8 minit). Tutup api.

6 comments:

  1. macam sedap! tak penah mkn lg sup ikan.

    eh! pinggan sama ccam kita laa...huk3

    ReplyDelete
  2. xpnh lg mkn sup ikan..slalunya sup tulang n ayam jer..hehehe.. thankz utk resepi ni.. blh la cuba nnt :)

    ReplyDelete
  3. Niza ~ boleh cuba, sedap gok:)oohhh kita serupa..he,he...

    ReplyDelete
  4. eQurlz~sama-sama,cuba jangan tak cuba..!

    ReplyDelete
  5. kakyong pun suka sup, x kesah sup apa, janji setiap hari mesti ada sup... sbb anak2 kalo takde sup, kurang selera makan..

    ReplyDelete
  6. kakyong ~ memang pun sebab anak2 ni suka makan nasi dgn kuah yg banyak..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)