Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, July 14, 2012

Fungsi petempatan Indera Mahkota

Semakin besar sesebuah petempatan, semakin besar atau banyak fungsi petempatan itu. Bagi petempatan Indera Mahkota, jelas memainkan fungsi-fungsi berikut:

1. Pusat pendidikan

~Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, petempatan Indera Mahkota ini memang berperanan sebagai pusat pendidikan. Buktinya dengan kewujudan banyaknya institusi pendidikan di sini. Antaranya UIAM, Kolej Shahputra, Kolej Komuniti dan juga sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah.

2. Pusat pentadbiran kerajaan

~Wujudnya bangunan-bangunan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dan Bangunan Mahkamah juga menjelaskan peranan petempatan Indera Mahkota sebagai pusat tumpuan penduduk mendapatkan perkhidmatan pentadbiran kerajaan negeri atau negara.

3. Pusat rekreasi

~Taman Bandar yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Pendaftaran Negara merupakan kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar sini terutamanya di waktu hujung minggu. Suasana yang tenang menjadi pilihan penduduk di Indera Mahkota untuk merehatkan minda setelah penat bekerja selama seminggu. Antara kemudahan yang terdapat di Taman Bandar ini ialah laluan 'jogging', tapak mainan (play ground) dan golf padang.

Petempatan Indera Mahkota sedang berkembang pesat. Mungkin pada masa hadapan, fungsi petempatan ini akan bertambah seperti menjadi pusat kesihatan dengan wujudnya bangunan perubatan yang sedang dalam pembinaan kini!!

Tidak sabar rasanya melihat perubahan fungsi petempatan Indera Mahkota ini...mungkin menjadi bandar satelit kepada bandar Kuantan...siapa tahu kan !!

2 comments:

  1. satu satu penempatan berkembang dengan pesat sekarang ni kan...

    ReplyDelete
  2. ehem semakin berkembang maju indera mahkota skrg ni..tahniah !!!..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)