Pages

Wednesday, May 7, 2014

Sup Sayur Bebola Ikan Cendawan Enoki


Hari ini cuti umum sempena Hari Hol di negeri Pahang. Masa-masa cuti inilah, diambil peluang untuk masak. Menu simple tapi menyihatkan iaitu sup sayur. Jom ikuti bahan-bahannya...

Bahan sayur :
1 paket putik jagung ~ potong memanjang
1 batang lobak merah ~  potong nipis separuh bulat
3 batang sawi manis ~ potong
Bunga kobis ~ potong
2 bungkus bebola ikan
4 biji ubi kentang saiz kecil ~ potong dadu
Cendawan enoki

Bahan tumis :
4 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 labu bawang besar ~ mayang nipis

Bahan perasa :
1 kiub perasa ikan bilis knorr
garam dan gula
Air secukupnya

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau, Masukkan air + ubi kentang + kiub ikan bilis + bebola ikan.
2. Setelah ubi kentang empuk, masukkan semua bahan sayur (kecuali cendawan enoki).
3. Akhir sekali masukkan cendawan enoki. Garam + gula secukup rasa. Tutup api setelah cendawan enoki sedikit layu. Siap untuk dimakan begitu saja atau dengan nasi putih panas. Selamat mencuba.


4 comments:

  1. erm..sedapnyer..nanti nak cuba lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu seimbang yg menyihatkan badan ni..x rugi cubalah masak :)

      Delete
  2. suka sup sayur!!
    boleh meratah je kalau geram sangat..:p

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)