Pages
▼
Saturday, January 31, 2015
Daging goreng kering
Baru-baru ni, masak asyik guna pan ajaib je. Daging ini pun masak dalam pan ajaib sebelum buat lauk. Sebenarnya makan terus je pun boleh lepas panggang dalam pan ajaib tu...sedap nak-nak bila makan panas-panas. Paling mengujakan, daging tu jadi empuk walaupun dipanggang dalam masa yang singkat. Itu kelebihannya guna pan ajaib ini.
Selepas daging tu dipanggang sehingga kering airnya.. kita tumis bawang putih + bawang merah. Setelah garing, masukkan daging + gula + garam secukup rasa. Kalau ada lada merah tu, boleh potong serong-serong dan masukkan semasa menumis, Jadi adalah rasa sedikit pedas. Nak letak kicap sedikit pun boleh. Terpulang kepada cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.
Bole try ni. Ada stok daging dlm petiais.nomnom. Grill goreng style. Huhu
ReplyDeleteAah boleh cuba n mesti sukanya!
Delete