Baru-baru ini, semasa ke Kota Bharu untuk bertugas si suami tercinta sempat ke Pengkalan Kubur untuk membeli pemanggang ajaib (non stick double fry pan) tapi malangnya sudah habis. Namun nasib menyebelahinya apabila ada stafnya memberitahu ada dijual di kedai berhampiran pejabat. Apa lagi, peluang itu dirembat oleh suamiku untuk membelinya.
Hari ini barulah aku berpeluang mencuba dry pan ini. Masakan pertama yang dicuba ialah ayam panggang berempah dari blog Chef Hanieliza. Jom ikuti resipinya yang aku ubah suai ikut selera ku..
Bahan :
1 ekor ayam ~ basuh dan toskan
Bahan kisar :
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
3 inci halia
1/2 sudu besar lada hitam
Bahan sos :
4 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
garam secukup rasa
Bahan pelengkap :
ubi kentang dan lobak merah
Cara memasak :
1. Gaulkan semua bahan kisar dan bahan sos sehingga sebati.
2. Gaul sebati dengan ayam + ubi kentang + lobak merah. Letak dalam pan dan bakar selama 20 minit.
3. Semasa masak tu, keluarkan kuahnya untuk mempercepatkan ayam itu garing! Sos itu boleh digunakan sebagai kuah.
Semasa memanggang dah berbau yang amat menggoda...dah tak tahan ni tapi kena tunggu ...belum masak lagi! Sabar ya..
lebih kurang sama dgn pemanggang ajaib gak ni. memang mudah bakar ayam dalam tu.
ReplyDeleteBetul tu mudah n sedap juga rasa ayamnya...lebih bjuicy!
Delete