BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, February 16, 2012

Perniagaan Runcit Yang Berfokuskan Pasar Malam



Dari segi konsep, perniagaan runcit adalah urusan jual beli barangan dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir. Biasanya perniagaan runcit (pasar malam) mempunyai banyak jenis barang tetapi dalam kuantiti yang kecil bagi setiap jenis.

Perniagaan yang biasa dilakukan adalah menjual makanan dan minuman, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging. Kadang-kadang terdapat juga perniagaan pakaian dan kasut. Perniagaan pasar malam ini memerlukan modal kecil dan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kebanyakan perniagaan pasar malam seperti di Indera Mahkota, Kuantan beroperasi di jalan-jalan atau lorong-lorong perumahan yang mudah dikunjungi penduduk sekitar. Pasar malam ini beroperasi setiap hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 10 malam.

Perniagaannya terdiri daripada pengerai yang bertapak di kawasan sementara untuk menjalankan operasinya. Tapak pasar malam ini boleh diubah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

15 comments:

  1. Betul!!!! dan satu lagi ia memerlukan pengangkutan sebagai mobiliti mereka dari satu tempat ke tempat lain..

    ReplyDelete
  2. salam teratai ..stay kat kuantan ke?..ehem untung pasar malam dekat dgn rumah..

    ReplyDelete
  3. Hanif ~ betul tu. Kemudahan pengangkutan itu adalah satu kriteria yg menjadi faktor utama sesebuah kawasan dipilih utk dijadikan tapak pasar malam!

    ReplyDelete
  4. mama aini ~ stay kat kuantan sudah agak lama w/p asalnya dr Terengganu! Tapi demi tugas terpaksa turutkan!

    ReplyDelete
  5. Salam Teratai,

    Peniaga pasar malam memang rajin kan.....kagum la dengan depa ni..tiap2 hari punggah barang dan kena simpan balik.....tapi kat pasar malam ni best kan ..nak apa pun insyaallah kita boleh dapat....

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam Ros,

    Semangat kental utk meneruskan kehidupan...apa-apa pun ada di pasar malam.Setuju tu:)

    ReplyDelete
  7. waa behnya pasar malam dkt ngan umah...untungkan peniaga2 pasar malam
    sbb mesti ramai pny org yang akan p..

    ReplyDelete
  8. arena ~ betul tu...tiap-tiap minggu pi pasar malam! macam2 beli he,he...yg untungnya peniaga pasar malam juga!

    ReplyDelete
  9. Tumpang tanya, apa pekerjaan utama penduduk di kawasan kajian tu?

    ReplyDelete
  10. terima kasih.. saya kena buat kerja tentang pasar malam.. saya ambik sket eh konsep awak.. ;)

    ReplyDelete
  11. salam...mcm mne nk buat penilaian umum

    ReplyDelete
  12. Tak perlu buat. Bahagian itu akan diberi markah kesempurnaan oleh guru anda jika semua kkg anda lengkap!

    ReplyDelete
  13. Jom niaga kat pasar malam...jadilah usahawan

    ReplyDelete
  14. Usahawan, perniaga itu adalah Fardhu Kifayah dan prosesnya mengamalkan sistem muamalat iaitu sistem memberi. Namun setiap usahawan wajib berlandaskan moral dan peraturan yang telah ditetapkan. Sesiapa sahaja akan pandang tinggi pada peniaga dan usahawan. Sentiasa berdoa dan bersedekah, insyaallah. Semoga segalanya dipermudahkan.

    Lagi Tip-tip Usahawan Kecil Malaysia 2013
    Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan
    Usahawan Kecil Hati Bakal Muflis
    Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil
    Tip-tip Usahawan Kecil Internet

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...