Kelip-kelipan Contest: Latihan : Gerakan Jisim:
Berdasarkan rajah di atas:
(a) Namakan jenis gerakan jisim X :…………………………………………….(1 markah)
(b) Nyatakan tiga kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya gerakan jisim X...
Untuk melihat latihan selanjutnya, sila klik link berwarna biru di atas.
Good luck
ReplyDeleteAku tak ler jawab..kikiki
dah lama tinggalkan semua benda alah ni :)
ReplyDeleteruntuhan
ReplyDelete1. Penebangan / penyahutanan di cerun
Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu menjadi tidak stabil dan mudah runtuh.
2. Pertanian
Pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun. Pertanian juga melibatkan ikliviti penebangan tumbuhan asal , pembajakan dan penggalian. Aktiviti tersebut menjadikan struktur tanah di kawasan cerun menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.
3. Perlombongan/ kuari
Aktiviti perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah- menyebabkan struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar. Gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah di cerun mudah runtuh akibat tarikan graviti.
4. Pembinaan
Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah kediaman dan sebagainya akan melibatkan keja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal di kawasan tersebut. Permukaan bumi akan terdedah kepada aktiviti luluhawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil. Tanah yang peroi, longgar akan mempercepatkan berlakunya pergerakan jisim.
5. Penternakan
Aktiviti penternakan di cerun akan menyebabkan berlakunya ragutan berlebihan di kawasan cerun. Kesannya permukaan cerun akan terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Rumput dapat memegang dan mencengkam tanah melalui peranan akarnya. Ketiadaan rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar , tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi.
6. Pembinaan jalan raya / lebuh raya
Pembinaan jalan raya / lebuh raya telah melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit- menyebabkan kecerunan cerun bertambah. Cerun yang curam biasanya tidak stabil dan mudah runtuh. Pembinaan jalan raya atau lebuh raya juga turut melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut. Penebangan tumbuhan asal menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan Iuluhawa. Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh. Akibatnya struktur tanah di cerun menjadi longgar, tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi.