Artikel berkaitan
Thursday, August 15, 2013
Kari Ayam Sayur Bendi
Setelah berhariraya di kampung, kini tiba giliran beraya di rumah sendiri pula. Pada hari Selasa 13 Ogos 2013 iaitu 6 Syawal, saya masak lauk kari ayam ini untuk keluarga ti, yat dan along fiza yang akan singgah dalam perjalanan mereka ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu. Lauk ini saya hidangkan dengan nasi minyak (cuma kali ini tak letak pewarna), daging masak merah dan acar timun (kali ini saya guna cuka epal). Jom ikuti resipi kari ayam bendi ini :
Bahan utama : 2 ekor ayam (potong kecil-kecil) -ambil bahagian tulang.
Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan tumbuk :
5 - 8 ulas bawang putih
1- 2 inci halia muda
Bahan pelengkap :
4 - 5 sudu besar bawang kisar
4 - 5 sudu besar cili boh
5 - 6 sudu besar rempah kari
RM5 santan
Air
Sayur:
3 biji ubi kentang - potong 4
2 biji tomato - potong 4
10 batang bendi - potong 2
Cara memasak :
1. Masak bahan tumis + bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan bawang kisar + cili boh + sedikit air = masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit santan + rempah kari = masak sehingga rempah garing. Masukkan ayam + ubi kentang + garam + nesan/gula secukup rasa. Masukkan lebihan santan.
3. Setelah kuah agak pekat dan pecah minyak, masukkan bendi dan tomato. Masakkan 2 - 4 minit, kemudian matikan api. Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selalunya masak kari ayam cuma pakai kentang sahaja belum pernah insert bendi, kalau masak kari ikan baru insert bendi, tapi boleh cuba ni...
ReplyDeleteSedap juga letak bendi n tomato, cubalah letak :)
Deletesalam raya,
ReplyDelete1st time jumpa kari ayam dengan bendi
biasanya ikan,
nak try lah :)
Tak rugi cuba, mana tahu suka kan...:)
DeleteBoleh try ni...selalu guna kentang jer..
ReplyDeleteKelainan tu kadang2 sedap hehehe...
Deleteterima kasih sudi sharing resepinya :)
ReplyDeleteSama-sama
DeleteTq kongsi resipi.;)
ReplyDeleteSama2.:)
Delete