BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, October 3, 2013

Bentuk-bentuk Pemodenan Pertanian Di Malaysia

Pada hari ini,bidang pertanian juga mengalami pemodenan. Antara bentuk pemodenan pertanian ialah

~ Pembinaan rancangan pengairan. Contohnya Rancangan Pengairan KEMUBU di Kelantan  dan Rancangan Pengairan MUDA membolehkan penanaman padi 2 kali setahun.

~ R & D oleh agensi-agensi pertanian seperti MARDI, MPOB dan RRIM telah menghasilkan benih-benih yang bermutu tinggi dalam pertanian padi sawah, getah dan kelapa sawit.

~ Penggunaan baja kimia dan baja organik telah meningkatkan kesuburan tanah pertanian dan seterusnya berjaya meningkatkan produktiviti pertanian.

~ Pertanian berbentuk ladang/berkelompok juga merupakan satu kaedah pemodenan pertanian dalam usaha meningkatkan komoditi pertanian eksport iaitu getah dan kelapa sawit. Contohnya FELDA, FELCRA dan rancangan kemajuan tanah (KETENGAH, KEJORA DAN KESEDAR).

~ Penggunaan jentera moden seperti jentuai dalam pertanian padi sawah telah meningkatkan kecekapan proses penuaian hasil padi dijalankan. Begitu juga dalam bidang pertanian ladang seperti menggunakan pisau penoreh getah berjentera yang dipanggil motoray telah meningkatkan penghasilan susu getah. Di samping itu, penggunaan jentera ini juga dapat mengatasi masalah tenaga buruh yang dialami oleh sektor pertanian pada hari ini.

~ Penanaman dalam rumah kaca seperti yang diusahakan oleh petani di Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang juga satu kaedah pemodenan pertanian. Bunga-bungaan dan sayur-sayuran hawa sederhana diusahakan melalui kaedah ini. Kaedah ini juga telah berjaya menarik perhatian pelancong untuk berkunjung ke sana.

~ Bagi kawasan yang kekurangan tanah kaedah hidroponik boleh dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...