BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, March 29, 2015

Bunga mawar

Semasa balik bercuti baru-baru ini ke rumah tok ma, aku teruja melihat bunga-bunga mawar yang sedang berkembangan. Cantik sungguh!


Pada musim panas begini, pokok mawar memang berbunga dengan banyaknya.


Cantik sungguh jambangan mawar,
menghiasi laman rumah tok ma,
kita yang melihat pun terasa segar,
Di dalam hati mengagumi kecantikannya....

Sunday, March 22, 2015

Cuti Sekolah Dah Berakhir!

Cuti sekolah hanya seminggu saja..sekejap je rasa. Esok dah mula sekolah balik. Sudah siap ke kerja rumah yang diminta oleh guru-guru? Kena siapkan sebelum esok tau..cuti-cuti juga, tugasan diberi kena tunaikan.

Malam ini, pastikan baju sekolah, tudung sekolah telah digosok. Jangan nak gosok pagi esok..takut tak sempat. Mana tahu, terlambat bangun, pakai baju dan tudung sekolah berkedut pulak ke sekolah. Baru haru jadinya.

Kasut sekolah macam mana? Sudah basuh ke belum? Sudah terlambat untuk basuh, jika belum basuh! Terpaksa guna plan segera...kapur je terus...hihihi. Rasanya ramai guna plan terdesak ni...hahaha.

Okaylah..nak tidur dulu sebab esok nak bangun awal..bersedia untuk ke sekolah! Nite-nite..

Monday, March 9, 2015

Kerutuk Ayam


Bahan utama ~ 1 ekor ayam potong kecil

Bahan kisar :

3 - 5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 - 2 inci halia
2 - 4 sudu besar cili boh

Bahan tumis :

Bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis
2 batang serai dititik

Rempah :
1 paket kecil rempah kerutuk Adabi
Santan
Lada merah/lada hijau- belah 4
Ubi kentang - potong 4

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis  dan bahan kisar sehingga naik bau atau garing.

2. Masukkan sedikit air + santan + rempah = masak sehingga rempah garing.

3. Masukkan ayam + ubi kentang + santan + air. Masak sehingga kuah agak pekat.

4. Akhir sekali masukkan garam + gula melaka + lada merah/lada hijau. Tunggu dalam 3 -5 minit apabila lada telah layu, tutup api. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak atau nasi tomato.





Sunday, March 8, 2015

Nasi Lemak Telur Mata!

Semalam sarapan pagi di Restoran Taj. Saya makan roti canai telur sementara suamiku makan roti canai.

Wani, ira dan syu order nasi lemak telur mata lembu. Bila dihidang saja nasi lemak tu, semua teruja melihat telur matanya...cantik aje terbentuk matanya!! Begitu menyelerakan!

Jom makan..telur mata tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...