BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label celotehku. Show all posts
Showing posts with label celotehku. Show all posts

Sunday, July 30, 2017

26 Julai 2017 ~ Tarikh Paling Bersejarah

Salam dan selamat petang.

Tanggal 26 Julai 2017 (Rabu) merupakan tarikh persaraan saya sebagai seorang pendidik. Saya mulakan perkhidmatan sebagai guru pada 19 April 1987 dan menamatkan perkhidmatan pada 26 Julai 2017. Hampir 30 tahun saya bergelar guru atau pendidik.
Berikut adalah teks ucapan persaraan saya pada majlis tersebut.....




Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,  dan salam sejahtera semua.

Yang Berusaha En Chan Kok Wai ( Pengetua SMKTP ) Barisan Pentadbir En Choh Ah Chin ( Pen. Kanan Pentadbiran ) En Johari Budin ( Pen. Kanan HEM ) En Rangasamy ( Pen. Kanan Ko-Kurikulum ) En Tan Kia Leng  (Pen. Kanan Petang ) dan Pn Zaidom Muda ( Guru Kanan Teknik dan Vokasional ), guru2  dan pelajar2 yg saya kasihi.
Rakan2 saya yang dulu berkhidmat disini iaiitu mantan KB Voktek En Awang Mahadi, mantan KB Bahasa En See Koon Suan dan mantap KV Sains & matematik Pn Ezmah. Terima kasih tak terhingga kerana sudi datang ke majlis persaraan saya ini.
Pada hari ini tanggal 26 Julai 2017 ( Rabu ) merupakan hari paling bermakna dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari ini genaplah 30 tahun 3 bulan & 7 hari perkhidmatan saya sebagi guru selepas  berkhidmat 13 tahun di SMK Panji Alam Kuala Terengganu dan 14 thn 3 bulan & 7 hari di SMKTP.
Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya pihak kelab staf Pn Zaidom, Pn Rohani, En Jailani dan semua AJK kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan penghargaan yang amat tinggi dan sangat teruja dengan majlis pada hari ini. Majlis persaraan ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya dan keluarga.
Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memberi beberapa nasihat kepada anak2 murid saya terutama kelas2 yg saya ajar (1 Mill, 2 Mill, 3K3, 3K6 & 3K10) juga  kepada  bekas2 pelajar saya..

Ada dukun dikira dokter 
yang datang sampai seribu
Kalau mau jadi orang pintar
Haruslah banyak baca buku

Kalau suka main gitar
Mainlah di atas pagar
Kalau mau jadi orang pintar
Jangan suka malas belajar

Naik layar sama si Andi
Ada halilintar hujanlah nanti
Belajar itu tidaklah  rugi
Orang pintar sering dihormati

Oleh itu, anak2 muridku
ambillah peluang menuntut ilmu
Guru2 jangan dijadikan musuhmu
kerana ajaran guru menjadi pedoman hidupmu

Seterusnya, saya mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru khasnya ketua-ketua panitia dibawah bidang saya.

Pn Hamidah semua kenali
KP sejarah yg baik budi
terima kasih tak terperi
diatas kerjasama selama ini

Pn Rosnita KP geografi
jawatan dipegang kekal abadi
Di bilik guru dialah penyeri
Kita ketawa tak kering gusi

P. Seni bidang diceburi
Pn Nooraini itulah KP Seni
Lemah lembut amat berbudi
Memang sukar dicari ganti

Ust Nor Azimah KP Agama Islam
Laksa Penangnya memang terbaik!
Wahai ustazah2 yg saya sayang
Aktiviti dirancang memang terbaik

KP Moral Pn Yap namanya
Kecil Molek manis orangnya
Cekap sekali persis dirinya
Apa yang dipinta pasti adanya

Panitia ini ahli-ahlinya rencam
Almaklum subjeknya begini
Itulah Panitia Sivik Kenegaraan
Pn Aini Yusnita KP terkini

KP PJK dulunya Mr Koh
En Firdaus KP sekarang
Harapan saya biarlah bersungguh
Moga boleh dibanggakan orang

Tidak lengkap rasanya ucapan saya jika tidak menyentuh bahagian paling penting sesebuah organisasi iaitu pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah ini.

Tunjang kejayaan pelayaran sesebuah kapal terletak pada nakhodanya yang pandai mengemudi dan mengawal anak kapalnya. Begitu juga dengan kejayaan sekolah ini kerana mempunyai pengetua iaitu En Chan Kok Wai yang mempunyai misi dan visi yang jelas tentang sekolah ini.

Setiap pengetua ada fokusnya
Mr Moy mengutamakan akademiknya
Mr Chow pula dengan disiplin pelajarnya
Mr Loh pula dengan  Be Happynya
Istimewanya Mr Chan merangkum semuanya
Bidang koko menyerlah dizamannya
Program akademik dirancang dengan jayanya
Sahsiah pelajar dibaiki dengan hematnya
SMKTP muncul cemerlang dibawah pimpinannya!

Berpantun sudah berseloka pun sudah
Ucapan saya pun hampir sampai penyudah
Sebelum saya sampai ke titik noktah
Mohon dimaafkan silap dan salah

Zaman moden air pili
Zaman dulu air perigi
Izinkan saya mengundur diri
Ada jodoh ketemu lagi

sekian, terima kasih.

Thursday, April 20, 2017

Relakskan muka!

Isnin :17 April 2017

Usai sarapan pagi di Mega View, aku dan Chah bertolak ke Kedai Beauty dan Healthy EZ.  Niat di hati, nak buat facial. Harap-harap muka lebih berseri..hihihi


Senang saja nak cari kedai Ezmah ini, rupa-rupanya kedainya bersebelahan dengan Restoran Sri Kampung. Alhamdulillah parking ada di hadapan kedainya, jadi senanglah aku nak parking innova aku ini.

Sampai aje di kedainya, kami disambut mesra oleh pemiliknya (Ezmah Mahmud) dan pekerjanya (panggil Aini je). Mesra pelanggan sungguhlah ...puashati dengan layanan yang diberikan.


Lama jugalah kami membuat facial treatment hari itu, dari pukul 10.30 hingga pukul 12.30 tengahari. Barangan yang digunakan juga 100% halal, keluaran Dr Azimuth. InsyaAllah kami akan membuat lagi rawatan muka di sini. Selain facial treatment, terdapat juga lain-lain rawatan seperti bekam dan pemeriksaan kesihatan. 

 Lihat tu..berseri-seri wajah kami selepas facial treatment ini...jom-jom kita pergi lagi!

Tuesday, April 18, 2017

Nyamannya...

 17 April 2017 ~ Isnin


Seawal 6.40 pagi, aku sudah bertolak menghantar syuhadah ke sekolahnya. Tapi hari ini aku cuti, sebab semalam Kejohanan Sukan Tahunan SMKTP Kali Ke 48. Setelah menghantar syuhadah, aku bergegas mengambil Chah di rumahnya...bersemangat nak pergi jogging di benteng pula!


Lebih kurang pukul 7.45 pagi, kami sampai di parking Mega
View...kami menyelusuri benteng..berjalan-jalan sambil menghidup udara segar di pagi hari. Pemandangan Sungai Kuantan pun sangat cantik dan nyaman. Minda terasa tenang.



Wednesday, November 16, 2016

Kunjungan Yang Tak Disangka-sangka!!

15 Nov 2016 (Selasa)
9.45 pagi
Aku sedang minum teh tarik di kantin sekolah bersama-sama chah. Tiba-tiba mendapat call dari Ezmah. Suspen juga bila Ezmah bagitahu ada seseorang nak berjumpa dengan aku. Aku pun bergegas ke tempat rehat di hadapan bilik aku. Terkejut juga kerana susuk tubuh seorang lelaki yang aku nampak berada di situ.

Ahhh bila terpandang wajahnya, aku seakan-akan mengimbau kembali wajah-wajah anak-anak didikku di SPA. Tak salah lagi, dia salah seorang anak didikku yang aku ajar hampir 26 tahun dulu! Aku menjadi guru kelasnya ketika itu iaitu kelas 6A3. Masa itu, aku baru saja bertugas sebagai guru..baru setahun jagung kata orang!

TQVM Hasmadi sudi bagi gambar ini.


Tapi sayang, aku tidak dapat bersembang lama dengan Hasmadi kerana dalam pukul 10 pagi aku ada mesyuarat dengan pengetua.

Jadi sebelum berpisah tu, sempatlah Hasmadi mengambil gambar ku,katanya kawan-kawannya nak lihat wajah cikgu sekarang...hihihi


dan bergambar juga dengan Hasmadi (terima kasih banyak-banyak sebab sudi bertandang ke sekolah cikgu dan juga masih mengingati cikgu).


Monday, August 15, 2016

Bersantai dengan kawan-kawan!

Bukan senang nak dapat peluang seperti hari ini...cuti sekolah (cuti peristiwa) sempena Kejohanan Sukan Tahunan SMKTP Kali Ke 47 semalam. Jadi hari ini sekolah aku cuti!Yeay....seronoknya.

Dalam pukul 8.30 pagi, aku dan Chah bertolak ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang akan join sama untuk breakfast di Mega View Hotel. Walk in je...
duduk-duduk kat sana sampai 10.30 pagi sambil makan-makan dan berborak-borak..menghilangkan stress!

Banyak juga pilihan untuk RM18
Apa lagi...makanlah. Bismillah..

Sudah bersarapan tu..bergambar kenangan pula..hihihi




Bergambar kat photobooth Mega View pula...

Mula-mula tu ingat nak balik je lepas bersarapan, tapi hari masih pagi...jom kita ke ECM pulak...sambil window shopping! Tapi terbelilah juga ... hemmmm
Sebelum balik tu, aku, chah dan ros basahkan tekak dulu di Black Canyon...

Terkejut kami...bila minuman dihidangkan!Rupa-rupanya kecil yang amat saiz cawan kopi tu!

Side menu...American Sandwich
 Hampir tengahari, kami bertolak balik ke SMKTP, hantar ros (keretanya di sana).

Kenangan yang akan aku rindui selepas aku pencen tahun depan.... bersantai dengan kawan-kawan seperjuangan!

Monday, August 3, 2015

TQ Yat belanja makan !



Rabu, 29 Julai 2015.

2.50 petang :

Bergerak menuju ke Indera Mahkota untuk mengambil Yat. Ada temu janji dengan Yat untuk makan di Restoran Azam Roasters sempena harijadi kami pada 27 Julai lepas.


3.10 petang :

Tiba di Restoran Azam Roasters, mengambil tempat yang telah disediakan oleh pihak restoran. Yat dah buat tempahan dahulu, jadi tidaklah membuang masa menunggu menu dihidangkan. Almaklum, dalam pukul 4.30 petang, aku terpaksa mengambil ira dan syu balik dari sekolah pula.


Makanan yang dipesan dihidang bersama-sama jus epal!

Kembar kan...minat pun air yang sama...hehehe


Yat memesan mee goreng mamak.. sedap juga. Gedik sikit dengan Yat untuk rasa mee tu..

Mee mamak pilihan Yat..banyak juga tu, sampai menyeih jugalah nak perabihkan!

Aku pula makan western food..chicken chop..sedap tau!

Chicken chop..pilihan ku. Puashati sangat2!

Sebelum balik tu, sempatlah minta managernya snap gambar dengan Yat sebagai kenangan menyambut hari jadi bersama-sama dengan Yat. TQVM Yat kerana belanja makan petang ni ya.


Aku & Yat..kembarku. Sama tak?

P.S  : Sebenarnya idea makan ini dicadangkan oleh Ti..TQVM. Lain kali, harap Ti boleh join jugak..lagi seronok rasanya bila semua dapat berkumpul..

Sunday, March 22, 2015

Cuti Sekolah Dah Berakhir!

Cuti sekolah hanya seminggu saja..sekejap je rasa. Esok dah mula sekolah balik. Sudah siap ke kerja rumah yang diminta oleh guru-guru? Kena siapkan sebelum esok tau..cuti-cuti juga, tugasan diberi kena tunaikan.

Malam ini, pastikan baju sekolah, tudung sekolah telah digosok. Jangan nak gosok pagi esok..takut tak sempat. Mana tahu, terlambat bangun, pakai baju dan tudung sekolah berkedut pulak ke sekolah. Baru haru jadinya.

Kasut sekolah macam mana? Sudah basuh ke belum? Sudah terlambat untuk basuh, jika belum basuh! Terpaksa guna plan segera...kapur je terus...hihihi. Rasanya ramai guna plan terdesak ni...hahaha.

Okaylah..nak tidur dulu sebab esok nak bangun awal..bersedia untuk ke sekolah! Nite-nite..

Saturday, November 16, 2013

Jom ke INTI Naik Ford!

Jangan marah, sebenarnya nak beritahu ada 2 CPUV yang aktif di blog kelip-kelip ini iaitu INTI International University dan Ford. CPUV Ford tu, baru je dapat. Rasanya bermula 2 hari lepas iaitu pada 14/11/13. Syukur sangat-sangat, walaupun sejak kebelakangan ini, jarang-jarang update news dek kesibukan yang amat sangat. Macam-macam nak kena settle, itupun kena siapkan semasa cuti persekolahan ini. Tak apalah, bila tanggungjawab itu diberi kepada kita, bermakna mereka tu mempercayai dan menghargai apa yang kita lakukan. BTW, happy holiday semua :)





Saturday, September 14, 2013

Hujung Minggu Yang Bahagia!

Ini merupakan hujung minggu yang panjang! Nak tahu kenapa? Biasanya cuti hujung minggu hanya 2 hari saja, tapi minggu ini cuti hujung minggu kali ini 3 hari kerana hari Isnin pun cuti. Ya cuti umum sempena Pembentukan Malaysia pada 16 September. Jika masih ingat tu, tarikh 16 September tu, tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak apabila 2 buah negeri ini menyertai Malaysia.

Semenjak itu, Malaysia terdiri daripada Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) dan Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia).

Jadi selamat bercuti semua dan SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..

Friday, November 9, 2012

Selamat bercuti...

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun 2012. Anak-anak pasti gembira, tiada lagi kerja sekolah yang perlu disiapkan...hanya bersuka ria dengan bermain games...ataupun pergi bercuti bersama keluarga tercinta.

Malah inilah peluang yang diambil untuk balik kampung dalam tempoh yang lebih lama, mungkin seminggu atau dua minggu ataupun lebih lama memandangkan cuti ini lebih panjang...cuti akhir tahun...

Jadi selamat bercuti...

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013 : Semua ada bahagiannya!



Emak ~ Bonus 1 1/2 bulan
Si emak senyum meleret....hihihi

Along ~masih bujang!
BRIM RM250
Si along kena kawin lambat sikit...hahaha

Angah ~belajar kat U
Baucer Buku RM250
Oh..oh banyaklah lagi novel yang akan dibeli!huhuhu

Wani,Ira dan Syu
Bantuan Pendidikan RM100
Wah...berbelanjalah nanti beli macam-macam!hohoho

Tok Ma 
Kenaikan pencen RM100
Tunggakan dari bulan Januari lagi
Kayalah Tok Ma...mintak sikit!hehehe

Ayah?? Tak masuk book...
kerja swasta!

Friday, August 17, 2012

Hidangan terakhir berbuka puasa : Nekbat


Hari ini sudah 28 Ramadhan

Bermakna sudah sampai ke penghujungnya
ramadhan tahun 1433H
Umat Islam pun sudah ramai pulang ke kampung
Untuk berhari raya dengan kaum keluarga  tercinta!

Hari ini nekbat hidangan berbuka puasa kami sekeluarga
sebagai hidangan terakhir kami ramadhan kali ini...
semoga kita akan bersua kembali dengan ramadhan
di tahun hadapan....
insyaAllah!! 


Thursday, July 26, 2012

Bonus...bonus!

Gembira bila mendengar berita ini di radio IKIM pagi tadi. Pasti seronok nak raya kan! Tapi kena pandai buat kira-kira jugak takut nanti tak sampai bulan September duit dah pokai!

Dan perlu diingat, selepas bulan Ogos gaji lambat seperti biasa. Masa tu jugak anak-anak yang dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi mula mendaftar! Jadi perlu ada duit untuk persediaan mereka....jangan lupa tu..sebenarnya mengingatkan diri sendiri ini!!

Sunday, July 22, 2012

Topik famous di bulan puasa...

Semasa bersahur, aku dan anak-anak bersembang ...

Angah : Mak nak masak apa untuk berbuka nanti?

Mak : Entah tak fikir lagi....tak tahu nak masak apa! Tak ada apa-apa dalam peti ais...

Angah : Nampak penuh je peti ais??

Mak : Itu barang makanan goreng ...

Dalam duk fikir-fikir tu si ira menyampuk....

Ira : Masak tom yam dan ayam goreng berempahlah..

Mak : Okey...boleh je!

Selesai sudah menu berbuka puasa untuk hari ini...:)) Pagi nanti pergi beli sayur dan ayam untuk lauk berbuka puasa. Anda pula menu apa pulak...ke tapau je dari bazaar ramadhan??

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru ....

Anak-anak pun sibuk mencari hadiah untuk guru-guru mereka...esok kan hari guru

"Selamat Hari Guru...cikgu"...ungkapan amat bermakna untuk guru-guru sepertiku...:))



Tuesday, May 1, 2012

1 Mei ~Pekerja cuti,tapi tidak bagi aku!



Ingatkan boleh cuti hari ini....almaklum 1 Mei, semua orang tahu 'Hari Pekerja' = Cuti Umum.

Tapi aku bertungkus-lumus menyiapkan power point untuk presentation esok!

Nasib baik, tak perlu masak...beli aje lauk,jimat sikit masa...tapi duit pulak tak jimat!Apa-apa pun, power point ini mesti siap juga...

Alhamdulillah, petang tadi siap semua...mudah-mudahan presentation esok berjalan lancar!






Sunday, April 15, 2012

Tengah fikir-fikir apa nak buat 5 tahun lagi!

Terima kasih kepada rakan-rakan maya yang memberi cadangan buka bisnes bila bersara nanti. Masalah utamanya, aku ni bukannya 'kaki bisnes'! Memang tak ada langsung pengetahuan tentang bisnes! Tapi, kalau hendak tu, seribu dayakan! Jadi tengoklah dulu, mungkin boleh ikut cadangan itu bila bersara nanti. Cuma sekarang, tengah fikir "Bisnes apa nak buka"??? Buntu juga bila memikirkannya! Ada idea tak...boleh kongsi sini ya!

Monday, April 2, 2012

Tinggal 5 tahun saja lagi...

Pagi esok, ada seminar khas untuk bakal pesara! Termasuklah diri aku dan 30 orang lagi rakan setugas yang bakal bergelar pesara! Rupa-rupanya sudah lama aku berkhidmat! Kini terasa begitu cepat masa berlalu. Termasuk tahun ini, aku telah berkhidmat di bidang pendidikan ini mencecah hampir 2o tahun lebih...yang berbaki hanya 5 tahun saja lagi!

Kadang-kadang tu rasa tak sabar-sabar untuk bersara! Tapi kadang-kadang tu terlintas di fikiran....apa nak buat bila sudah bersara nanti??? Mungkin kerana kecelaruan fikiran inilah, kami dipanggil ke seminar bakal pesara esok supaya mempunyai persediaan yang cukup apabila bersara kelak!!




Saturday, March 31, 2012

Gaji baru...gaji baru!



Semua bercerita tentang gaji minimum dan gaji maksimum! Tidak terkecuali juga aku......:) Nak tahu gaji baru anda, jom klik url berikut :

http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan

Selamat mengira! Puas hati tak???Bagi aku, alhamdulillah ....syukur sangat-sangat kepada Allah:)

Thursday, March 8, 2012

Spontaneous Thursday~terkejut!

 
Dulu bagi tempoh 3 bulan
kaji SBPA...
tup,tup,tup hari ini
PM umumkan batalkan SBPA
tapi yang seronoknya
kenaikan gaji 13 %!!!
terkejut juga tu...............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...