BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label perhubungan. Show all posts
Showing posts with label perhubungan. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Langkah mengurangkan kesan negatif perhubungan (telekomunikasi)


Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan ialah :
1. Penguatkuasaan undang-undang.
Masalah cetak rompak (copy and paste) yang dilakukan oleh pihak tertentu boleh dikurangkan melalui tindakan tegas oleh pihak berkuasa seperti polis, Kementerian Perdagangan dan Pengguna serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
2. Peranan dan pemantauan oleh PBT
Melalui penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan oleh PBT berupaya mengurangkan bahan cetak rompak di pasaran.
3. Peranan dan pemantauan oleh ibu bapa.
Ibu bapa boleh memantau laman-laman internet yang dilayari oleh anak-anak mereka dengan meletakkan sekatan ’parent guide’ di komputer di rumah.
4. Wujudkan Undang-undang siber
Bagi menjamin keselamatan data daripada dicerobohi, beberapa akta telah diluluskan iaitu Akta Hak Cipta Pindaan 1997. Akta ini membolehkan hukuman berat dikenakan terhadap pesalah cetak rompak.
Akta Jenayah Digital 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula diluluskan untuk mengatasi masalah pencerobohan sistem keselamatan negara.
5. Kempen kesedaran
Melalui bahan media seperti surat khabar, radio dan televisyen telah menjalankan kempen kesedaran supaya hanya melayari laman web yang berfaedah.Ini bertujuan supaya tidak berlaku pembaziran masa dan kos.

Tuesday, October 4, 2011

Kesan Negatif Sistem Perhubungan (Telekomunikasi)



Antara kesan negatifnya ialah :

1. Meruntuhkan moral
Sistem internet membolehkan laman web mudah dilayari. Ini mendedahkan masyarakat kepada budaya asing yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral pengguna remaja jika tiada kawalan daripada pihak ibubapa.
2. Pembaziran masa/kos
Tanpa perancangan dan kawalan yang baik, akan berlaku penyalahgunaan internet untuk tujuan yang tidak berfaedah. Golongan pelajar yang sepatutnya mencari ilmu untuk meningkatkan pengetahuan sering menyalahgunakan internet untuk bermain ‘games online’ atau ‘bersembang di kotak sembang’ berjam-jam lamanya. Akibatnya berlaku pembaziran dari segi masa dan kos juga kerana bil elektrik dan bil internet juga meningkat.
3. Pengangguran
Penggunaan sistem komputer menyebabkan pengurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu seperti sektor perbankan.
4. Menjejaskan keselamatan negara
Era globalisasi menyebabkan semua negara menggunakan internet dalam pelbagai urusan termasuklah urusan kerajaan. Keadaan ini boleh mendedahkan negara kepada anasir asing yang berniat jahat dengan cara melakukan pencerobohan ke dalam sistem komputer negara.
5. Pencemaran bahasa.
Bahasa ’chatting’ yang sering digunakan oleh pengguna internet telah menguasai dan menjadi bahasa utama dalam penulisan di blog-blog dan laman sosial di alam maya. Keadaan ini merupakan situasi tidak sihat terutamanya kepada pelajar kerana terpengaruh dalam penulisan mereka di sekolah dan juga dalam kehidupan mereka. 

Saturday, August 6, 2011

Kepentingan Sektor Perhubungan kepada Negara




Perkembangan dunia ICT , internet dan telefon bimbit telah mempengaruhi pembangunan negara Malaysia. Antara sumbangan sektor perhubungan kepada pembangunan negara ialah :

~menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk dalam sektor teknologi maklumat dan perkomputeran. Contohnya bekerja di syarikat gergasi telekomunikasi seperti Celcom, Digi dan Maxis.

~sektor pendidikan juga menerima tempiasnya. Mata pelajaran ICT diajar di sekolah dan pelajar diperkenalkan tentang perkomputeran melalui subjek literasi komputer. Melalui pemberian net book yang diberi kepada pelajar,
e-pembelajaran dapat diaplikasikan dengan berkesan.

~sektor perkhidmatan seperti
perdagangan (e-dagang) dan perbankan juga berkembang pesat kerana urusan dapat dijalankan secara online. Contohnya, melalui CIMB Clicks atau May Bank 2 U,urusan pembayaran bil dan pemindahan wang kepada pihak ketiga dapat dilakukan mudah.

~Malahan
sektor pelancongan juga berkembang maju. Promosi tempat-tempat menarik di Malaysia yang dipaparkan di laman web berjaya menarik kedatangan pelancong dari seluruh dunia ke Malaysia. Ini sekali gus dapat meningkatkan pengaliran wang masuk ke Malaysia.

~Tidak dinafikan perkembangan sektor perhubungan terutamanya telekomunikasi (internet dan telefon bimbit) memberikan
hiburan kepada penduduk golongan muda negara ini. Oleh itu laman sosial seperti Facebook, U Tube dan Tweeter menjadi pilihan mereka untuk berkongsi maklumat.

Sunday, July 17, 2011

Faktor mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan

Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan ialah: ~ dasar kerajaan : kerajaan memperkenalkan talian e-kerajaan bagi menggalakkan semua urusan kerajaan dijalankan melalui internet. Dengan ini, urusan kerajaan menjadi lebih cekap dan menjimatkan masa. ~ Petempatan baru : Bandar baru Cyberjaya dibina dengan tujuan untuk perkembangan dan kemajuan multimedia koridor raya. ~ Perkembangan ekonomi : Kegiatan ekonomi yang bersifat global menyebabkan kemudahan sistem perhubungan seperti satelit dan internet diperlukan. Urus niaga kini banyak diadakan melalui atas talian (on line) mendorongkan perkembangan sistem perhubungan terutamanya internet dimajukan di Malaysia.

Monday, May 23, 2011

Perhubungan~Telekomunikasi

Menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas~telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan radio, televisyen, telefon dan komputer.

Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.

Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.

Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.

Contoh perhubungan-telekomunikasi ialah:


sumber : wikipedia ensiklopedia bebas (versi Bahasa Melayu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...