Thursday, May 6, 2010

kisah semalam.......

kisah semalam,
penuh misteri,
tersimpan rahsia yang tak terungkaikan
oleh sesiapa....
hanya sidia yang dapat jelaskan!

kisah semalam,
penuh makna,
pengertian yang sungguh unik,
hanya sidia yang mampu menterjemahkannya....!

kisah semalam,
menjadi igauan,
tersimpan dendam kesumat,
menjadi senjata tatkala keberangan
bertahta di hati,
tak siapa yang tahu kenapa...
hanya sidia yang dapat menjawabnya!

Tuesday, May 4, 2010

mampukah aku.................


terkesan di hatiku,
melihat kesungguhan ma memujuk bak
untuk bangkit semula......

tersentuh sanubariku,
melihat kesabaran ma menghadapi
kerenah bak yang....
bagaikan sianak kecil
perlukan perhatian dan belaian mesra.....

terdetik di hatiku...
mampukah aku memikul
tanggungjawab setabah ma...
jika aku berada di tempat ma!!