BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, March 13, 2011

Punca-punca Pencemaran air

Definisi pencemaran air

Menurut Wikipedia Ensiklopedia, pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.

Punca-punca pencemaran air

~pembuangan sampah sarap
Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan tidak bertanggungjawab penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang membuang sampah sarap telah menyebabkan pencemaran air yang serius.

~sisa toksid dari sektor kilang
Antara punca utama pencemaran air sungai ialah pembuangan sisa toksid dari kilang. Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

~sisa domestik
Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan setinggan sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan tandas tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga menyumbang kepada pencemaran air sungai.

~tumpahan minyak
Pembersihan kapal perikanan yang membuang minyak diesel ke sungai juga telah menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk dibuang ke dalam sungai. Ini juga menyebabkan pencemaran air.


Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan kawasan pelantar minyak di perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga menyebabkan pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga terancam!

~aktiviti pembinaan
Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki sungai terutamanya ketika hujan lebat. Ini telah menyebabkan sungai tercemar dengan lumpur dan menjadi cetek. Akhirnya akan berlaku banjir.

33 comments:

  1. salam kak teratai..pencemaran ni menyakitkan mata.

    ReplyDelete
  2. mintak izin untuk menggunakan maklumat ini bagi menyiapkan dapatan kajian...

    ReplyDelete
  3. salam....

    ferry~memang menyakitkan mata,sbb tu perlu menjaga alam sekitar supaya fenomena ini dapat dibendung!

    cikgu cte~ambik je...gembira dapat membantu!

    ReplyDelete
  4. bagus artikel ni... ni lah artikel yg pandai...

    ReplyDelete
  5. minta izin nak gunakan maklumat kat sini untuk kajian

    ReplyDelete
  6. mintak izin untuk gunakan maklumat di atas

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,saya minta izin untuk copy maklumat cikgu untuk kerja kursus saya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. terbaik saya gunakan untuk BAND6

    ReplyDelete
  9. TERATAI, BLEH TAK KLAU NAK NAMA SEBENAR N TEMPAT MENERBIT N TAHUN MENERBIT? UNTUK BUAT ASSINGMENT

    ReplyDelete
  10. maaf ye...saya nk copy article ni utk buku scrap di sklh saya (smk bandar nbaru salak tinggi)

    ReplyDelete
  11. Izinkan saya guna maklumat ini untuk menyiapkan KK ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan, dan mohon juga letakkan link blog ini dalam KK anda.

      Delete
  12. Replies
    1. Terima kasih. Mohon letak link blog ini dlm folio Azam.

      Delete
  13. terima kasih.izinkan saya menggunakan maklumat ini yerr.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kerana berkongsi..kini lebih mudah anak saya membuat kerja kursusnya..

    ReplyDelete
  15. terima kasih. izinkan saya untuk copy data ini ya :)

    ReplyDelete
  16. Izinkan saya utk copy artikel ini utk kerja kursus sekolah ya

    Terima Kasih!!!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...