BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, March 16, 2011

Langkah Mengurangkan Pencemaran Air

sumber air yang belum dicemari


Sumber air yang bersih amat penting untuk kita. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil, bagi memastikan sumber air selamat untuk digunakan pada masa kini dan masa hadapan. Antara langkah-langkahnya ialah :

~ Kuat Kuasa Undang-Undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar seperti membuang sisa toksid ke dalam sungai, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

~ Rawatan Air Kumbahan
Bagi memastikan air kumbahan dari sektor perumahan dan perhotelan yang dialirkan ke sungai tidak mencemari sumber air ini, air kumbahan itu perlulah dirawat. Di setiap negeri terdapat konsortium yang dipertanggungjawabkan merawat air kumbahan. Contohnya Konsortium Indah Water merupakan agensi yang berperanan penting memastikan air kumbahan ini dirawat di logi-logi yang terdapat di kawasan perumahan, kompleks membeli belah dan kawasan perhotelan di daerah Kuantan, Pahang.

~ Kempen Cintai Alam Sekitar
Bagi memastikan sumber air seperti sungai tidak tercemar. beberapa kempen dijalankan di TV oleh Jabatan Alam Sekitar. Antaranya "Sungaiku, Hidupku" dan Projek Sungai Angkat yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di daerah masing-masing.

~ Pendidikan Alam Sekitar
Bagi menimbulkan kesedaran pentingnya menjaga sumber alam supaya tidak tercemar, beberapa persatuan atau badan bukan kerajaan telah ditubuhkan. Antaranya ialah Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Alam Malaysia (WWF). Malah di peringkat sekolah juga ditubuhkan kelab atau persatuan yang menjadi ahli persatuan ini di peringkat kebangsaan seperti Kelab Pencinta Alam dan Kelab LEO. Melalui aktiviti seperti Sambutan Hari Bumi Sedunia oleh MNS, telah menyemaikan rasa tanggungjawab dan kesedaran kepada setiap individu untuk menjaga alam sekitar.

13 comments:

  1. salam cikgu, saya dah buat dapatan kajian dalam entry saya...

    bolehlah share..kalau ada tak betul, tolong maklumkan yea..entry PENCEMARAN ALAM SEKITAR.

    boleh tak kongsi borang temu bual atau soal selidik...saya x de idealah...

    cuti nie saya tak balik kampunglah...duduk rumah je..

    banyak benda yg nak dibuat..
    macam nak buat modul nota berpandu Tg. 3 lah...nak cepat habiskan silibus..

    kalau cikgu ada, please kongsi..

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam ckgu cte,

    tentang borang soal selidik tu, nnti saya akan buat sample nya. Saya dah baca n3 dapatan kajian yg cgu cte buat...bagus!

    untuk habiskan silibus tu, kita cgu2 fm 3, guna nota bbtk latihan...cepat n berkesan!

    ReplyDelete
  3. tahun nie saya blurrr sikit...agaknya sbb tahun lepas PMR geo jatuh...lagi pun saya byk sgt tugas kat sekolah..

    tahun nie agak lega sikit dah tak pegang KP Geo..tapi mcm masih pegang lagi jawatan tu...sbb cikgu baru ni buat dek je...lum start2 lagi keja kursus...

    pengetua semalam call suruh buat cpt...beri masa sebulan..pakai nampak saya kenalah buatkan draf utk kelas2 yang akhir tu....

    maaf..jadi tempat luah perasaan pulak..

    ReplyDelete
  4. tak pe, sedia mendengar luahan cgu cte. Di sekolah pun, ramai guru yg mjadikan saya tempat mereka mengadu ttg ahli panitia malah ttg pentadbir juga! Sudi menjadi pendengar yg baik!

    ReplyDelete
  5. terima kasih ats maklumat yang berguna

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak, ini amat berguna untuk kajian kes PT3

    ReplyDelete
  7. cikgu bagi saya cara menjaga air

    ReplyDelete
  8. memang terbaik lah.isinya sangat menarik.Terima kasih,ia mambantu saya membuat kerja kursus geografi.

    ReplyDelete
  9. Cikgu cara mengurangkan pencemaran air

    ReplyDelete
  10. terima kasih,sya ambil isi petikan atas tu ya

    ReplyDelete
  11. sya ambik isi petikan di ats ya,terima kasih

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...