Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, October 17, 2010

Tenggiri Masak Merah



Ikan tenggiri ni dah lama ada dalam peti ais, jadi hari ini kenalah masak kerana takut nanti jadi "ikan tenggiri jeruk" pulak!


Bahan-bahannya :

2 keping ikan tenggiri (digoreng terlebih dulu)~anak suka makan sebab tak ada tulang!
3 cb bawang kisar
4 cb cili boh
2 cb sos tomato
1 cb kicap lemak masin
1 cb kicap lemak manis
1 cawan air

minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

1. Tumiskan bawang kisar dan cili boh sehingga garing (masukkan air sedikit demi sedikit).

2. Setelah garing, masukkan sos tomato, kicap lemak masin dan kicap lemak manis. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Akhir sekali masukkan tenggiri yang telah digoreng. Angkat setelah sebati.



*sedap dimakan dengan nasi putih panas....selamat mencuba*

6 comments:

  1. sslllrrppp.byknye kuah!nakk!!haha

    ReplyDelete
  2. yum,yum,yum...ini memang my feveret...especially yang Ga masak...kalau Ti masak sendiri mcm kurang 'jadi'

    ReplyDelete
  3. eyda~memang kena buat kuah banyak sbb semua suka mkn kuahnya!

    ReplyDelete
  4. saloma~tqvm sebab puji, sebenarnya kalu nok sedap tu kena guna kicap kipas udang..:)

    ReplyDelete
  5. wah.. lapat pula tgk gambar ikan...


    Jemputan untuk join kontest daripada pengeRindu Hadiah berupa T-Shirt edisi Terhad daripada Mr J , untuk makluman lanjut layari Kontest Limited edition T-Shirt.

    ReplyDelete
  6. Mr J pengeRindu~ silalah buat sendiri.. tqvm 4 da invitation

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)