BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, October 5, 2011

Langkah mengurangkan kesan negatif perhubungan (telekomunikasi)


Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan ialah :
1. Penguatkuasaan undang-undang.
Masalah cetak rompak (copy and paste) yang dilakukan oleh pihak tertentu boleh dikurangkan melalui tindakan tegas oleh pihak berkuasa seperti polis, Kementerian Perdagangan dan Pengguna serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
2. Peranan dan pemantauan oleh PBT
Melalui penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan oleh PBT berupaya mengurangkan bahan cetak rompak di pasaran.
3. Peranan dan pemantauan oleh ibu bapa.
Ibu bapa boleh memantau laman-laman internet yang dilayari oleh anak-anak mereka dengan meletakkan sekatan ’parent guide’ di komputer di rumah.
4. Wujudkan Undang-undang siber
Bagi menjamin keselamatan data daripada dicerobohi, beberapa akta telah diluluskan iaitu Akta Hak Cipta Pindaan 1997. Akta ini membolehkan hukuman berat dikenakan terhadap pesalah cetak rompak.
Akta Jenayah Digital 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula diluluskan untuk mengatasi masalah pencerobohan sistem keselamatan negara.
5. Kempen kesedaran
Melalui bahan media seperti surat khabar, radio dan televisyen telah menjalankan kempen kesedaran supaya hanya melayari laman web yang berfaedah.Ini bertujuan supaya tidak berlaku pembaziran masa dan kos.

16 comments:

  1. lagi sokong kalo malaysia menyekat website yg boleh mendatangkan kesan negetif kpd anak² muda skrg nih..

    hehehehe =D

    ReplyDelete
  2. Jawapan ada huraian dan contoh memang bagus lah.:)

    ReplyDelete
  3. Thanks , disebabkan bende ni aku dapat markah tinggi wo dalam kerja lapangan ๐Ÿ˜Ž

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya nak minta izin copy maklumat untuk kerja sekolah saya. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt. Silakan dan jangan lupa letak link blog ini ya.

      Delete
  5. Akak ada maklumat konsep sistem perhubungan ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda boleh ke link ini untuk konsep perhubungan

      https://ms.wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi

      Delete
  6. minta izin untuk mengambil kandungan ini sebagai salah satu isi penting dlm kerja lapangan saya

    ReplyDelete
  7. Ade tak cadangan mengurangkan masalah telekomunikasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh share tak cadangan mengurangkan masalah telekomunikasi ni ?

      Delete
  8. Terima kasih atas huraian diatas๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  9. Terima kasih untuk huraian di atas...ini sangat membantu saya untuk menyiapkan kerja rumah... terima kasih

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...