Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, April 10, 2011

Asam Pedas Gula Melaka


Buku ini ditulis oleh Norbi Husin. Buku ini sebenarnya mencatat pengalaman pengarang sebagai seorang pendidik dan juga sebagai pentadbir sekolah (pengetua). Buku ini mengandungi 590 halaman dan dibahagikan kepada 6 bahagian. Bahagian 1 menceritakan pengalaman pengarang menjadi guru di empat buah sekolah. Bahagian 2, 3, 4 dan 5 pula menceritakan pengalaman pengarang menjadi pentadbir sekolah. Manakala Bahagian 6 adalah surat-surat yang ditulis oleh guru-guru yang pernah berkhidmat dibawah pentadbiran pengarang.

Buku ini amat berguna kepada guru-guru untuk dijadikan panduan terutamanya bagi guru-guru yang ingin memegang jawatan sebagai pentadbir sekolah atau pengetua. Tugas pengetua yang amat mencabar, telah menuntut kesabaran, kegigihan dan kekuatan mental dan fizikal yang amat tinggi. Pengetua yang berjaya berupaya menangani masalah di bawah pentadbirannya dengan bijak dan memuaskan semua pihak yang terlibat seperti pelajar, guru, ibu bapa dan pekerja. Bagi menghasilkan output yang baik, sikap tegas tetapi ada sifat toleransi amat diperlukan.


2 comments:

  1. Salam Mega,

    Memang seronok baca buku ini sebagai motivasi diri. Yang saya ada cetakan pertama, kulit bukunya lain sikit. Ini terbitan terbaharu agaknya...

    Patut dibaca oleh semua warga pendidik.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam ros,
    Betul tu ros, banyak panduan yg boleh diaplikasi dlm p n p dan juga dlm pengurusan pentadbiran sekolah!

    Buku ini, terbitan ulang cetak tahun 2006

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)