Friday, August 26, 2011

Sup Ikan Merah




Kalau beli ikan merah, biasanya masak lauk sweet sour. Tapi kali ini ubah selera sikit, masak sup ikan merah pula. Ikuti resipinya...

Bahan utama ~ 1 keping ikan merah (potong 2)

Bahan kisar :

2 labu kecil bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan tumis :

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 helai daun bay
3 biji buah keras ~ ketuk sedikit biar pecah

1 bungkus sup bunjut ikan
2 - 3 cawan air

Bahan pelengkap (tak letak pun tak apa!) :

2 biji ubi kentang (potong 4)
1 biji tomato
1 batang serai ~ ketuk sedikit
daun saderi/daun sup

Cara memasak :

1. Tumiskan bahan kisar + bahan tumis (kecuali sup bunjut + air) sehingga naik bau.

2. Masukkan air + ubi kentang + sup bunjut.

3. Apabila ubi kentang sudah empuk dan sup mendidih, masukkan ikan + serai + tomato. Masak sehingga ikan masak (5 - 8 minit). Tutup api.

4. Hidangkan dengan taburan daun sup.

3 comments:

  1. suka sup ikan! tapi jarang buat...yang dibuat sup ni, orang kata, ikan merah yang liat tu..adakah?

    ReplyDelete
  2. aik, silap akaun, xperasan guna anak punya..haha

    ReplyDelete
  3. CikguGeo~oh ikan merah yg liat (keras isinya) jarang saya beli. Biasanya beli yg isi lembut (warna putih)~masak sekejap je jgn terlalu lama...nanti isi ikannya hancur!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Nuff