Artikel berkaitan
Sunday, August 21, 2011
Sup sayur pucuk
Sup sayur pucuk juga merupakan sup sayur kegemaran kami sekeluarga. Biasanya bebola ikan dalam sup sayur ini, saya buat sendiri tetapi hari ini guna bebola ikan segera saja. Ikuti cara memasaknya:
Bahan-bahan :
3 paket sayur pucuk (ada soohoon) ~ rendam sehingga kembang, kemudian bersih & toskan
1 paket bebola ikan
1 biji ubi kentang ~ potong dadu
1 biji tomato ~ belah 4
Bahan tumis :
3 ulas bawang putih ~ mayang halus
2 labu bawang besar (saiz kecil) ~mayang bulat
2 cawan air
Cara memasak :
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan air + ubi kentang + bebola ikan.
2. Masak sehingga air mendidih,masukkan sayur pucuk + tomato. Masak 2 -3 minit, kemudian tutupkan api.
Labels:
sayur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya suka buat sayur ni masak lemak,mkn dgn sambal
ReplyDeletect N honey ~seperti lontong ya, sedap jugak :)
ReplyDelete