Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, August 19, 2011

Tomyam Seafood







17 Ogos,2011


Hari ini cuti umum bagi menyambut Hari Nuzul Quran. Saya mengambil peluang ini mencari baju raya untuk wani, ira dan syu di ECM. Sebelum pulang, singgah kat kedai beli bahan-bahan untuk buat tomyam seafood yang diminta buat oleh wani,ira dan syu. Hidangan ini juga mudah dan seimbang juga. Jom layan....

Bahan utama ~ 15 ekor udang (buang kulit) dan 5 ekor sotong (potong bulat) serta 1 paket bebola ikan (tak letak pun tak apa) dan 1 paket cendawan tiram (ini tak letak pun tak apa)

Bahan sayur ~ Lobak merah, putik jagung, bunga kobis dan tomato

Bahan pelengkap :

3 labu bawang besar (saiz kecil) ~ potong bulat
2 batang serai ~ ketuk sedikit
10 tangkai cili padi ~ belah dua (kurangkan jika tak suka pedas)
3 paket pes tomyam (merah)
3 helai daun limau purut

Cara memasak :

1. Masukkan pes tomyam dalam periuk, sayur (kecuali tomato), dan bahan pelengkap. Letak air searas sayur atau lebihkan sedikit. Letak garam dan gula secukup rasa.

2. Bila dah mendidih masukkan bahan utama. Masak sekejap sehingga mendidih, masukkan tomato dan tutup api.




2 comments:

  1. dh lama tak makan seafood tomyam..

    ReplyDelete
  2. Sha ~ ini pun dah lama tak buat...apabila anak2 dah minta suruh buat, tu yg masak lauk tomyam ni,biasanya buat tomyam ayam.

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)