
Ahad, 14 Ogos, 2011
Masakan tumis asam pedas merupakan kegemaran si suami, wani dan ira. Jadi bila diberitahu menu hari ini tumis asam pedas pari mereka sangatlah gembira terutamanya si wani. Ikutilah resipinya:
Bahan utama : 7 keping ikan pari
Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
11/2 inci halia muda
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 keping nesan/gula melaka
belacan (gaulkan dengan sedikit air)
garam + gula
Bahan pelengkap :
4 sudu besar cili boh
1 mangkuk air asam jawa
1 batang bunga kantan (belah dua)
daun kesum (1 ikat)~ambil daunnya saja
1 sudu besar serbuk kari ikan
2 cawan air
Cara memasak:
1. Tumis semua bahan kisar + belacan + nesan + gula + garam sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh + air asam jawa (masukkan sedikit demi sedikit), tumis lagi sehingga cili menjadi garing.
2. Masukkan air + bunga kantan + daun kesum + rempah kari + ikan. Masak 5 minit lagi sehingga semua sebati. Siap untuk dimakan.
Resipi asal : Blog My Dapur~Asam pedas tumis ikan pari
asam pedas pariiii sedapnyaaaaaaaaaaaaa :) dah lama x masak .. :))
ReplyDeletesedapnyer ! sedapnyer ! sedapnyer ! dya suke makan sume makanan . hahakz ! tp klau nak masak ikan pari nie kena masak lauk laen jugak pasal ayah tak suke pari . hihi ~
ReplyDeleteuiii sedapnya...terliur pulak rasa...=)
ReplyDeleteieda~sedap time buka puasa ni...:)
ReplyDeletedeeya ~ samalah kita,masak lauk lain juga sbb bukan semua suka pari...betul tu:)
ReplyDeleteKancilbiru~ish-ish kesianlah pulak!tak pa cuci mata je lah ya..
ReplyDeleteini lauk kegemaran saya...
ReplyDeletetapi anak saya suka ikan pari bakar bersambal...
CTE ~ ikan pari bakar b'sambal pun sedap...apa2 berkaitan pari memang sedap!
ReplyDelete