Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, August 15, 2011

Ayam Bumbu Bali




Hari ini masak satu lauk saja sebab lauk semalam masih ada berbaki sedikit. Resipi ini diambil dari blog secubit garam. Penyediaannya pun ringkas dan mudah, dalam masa setengah jam boleh siap memasaknya. Jom ikuti resipinya:

Bahan utama : 1/2 ekor ayam (potong kecil) ~lumurkan dengan garam + kunyit serbuk kemudian goreng separuh masak.

Bahan kisar:

5 - 10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 in halia

Bahan pelengkap :

100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
3 helai daun limau purut
2 labu bawang besar ~ dipotong bulat

Cara memasak :

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan bahan pelengkap (kecuali bawang besar).

2. Masak sehingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau sehingga kuah hampir pekat, masukkan daun limau + garam + gula.

3. Sebelum angkat, masukkan bawang besar. Masak 2 -3 minit lagi dan bolehlah matikan api.

Terima kasih kepada k. nor kerana menyediakan resipi yang sedap ini.

Resipi asal : Secubit garam~Ayam bumbu bali

6 comments:

  1. Mak aih lapo lak tgh2 malam ni tgk..hehe

    ReplyDelete
  2. kh ~ tunggu dulu, nanti sahur baru makan...he,he:)

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha. laparlah pulak baca resepi ni. maybe boleh cuba.tak pernah buat pun selama ni

    ReplyDelete
  4. lizz ~ memang lapar,doh bulan posa.he,he..tp boleh cuba buat utk b'buka, memang sedap

    ReplyDelete
  5. ct N honey ~ yes, bahannya pun simple boleh je buat, n memang tak menyesal sbb memang sedap:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)