Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, October 3, 2011

Fruit Jelly


Niat di hati nak buat fruit jelly ni dah agak lama. Cuma tiada masa kelapangan kerana sibuk dengan tugas-tugas harian. Tapi, petang tadi apabila si suami meminta pandangan apa nak dibawa untuk jamuan hari raya di pejabatnya esok,terlintas idea ini...bawa je fruit jelly! Resipi fruit jelly ni saya 'ceduk' dari blog secubit garam. Ikuti resipinya :

Bahan-bahannya:

5 biji limau- saiz besar
10g serbuk agar-agar
1000ml air (500 ml air + 500 ml jus oren)**
7 sudu besar gula
secubit garam
2 - 4 sudu besar sunquick oren ~ utk menyerlahkan warnanya

Cara membuatnya :


1. Masak agar-agar serbuk + air + gula + garam sehingga mendidih.

2. Matikan api + biar seketika. Kemudian masukkan jus oren + sunquick oren. Kacau sebati.

3. Masukkan dalam acuan (kulit limau yang telah dibelah 2). Sejukkan.

4. Hidangkan dengan memotongnya memanjang.

** sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 500ml. ketepikan
**utk sukatan air cuma perlu sebanyak 500ml saja lagi

Untuk resipi lengkap, sila klik sini


4 comments:

  1. cantik! makin terror dah tu :)

    ReplyDelete
  2. Nora ~sifunya buat tunjuk ajar yg jelas, tu yg makin 'terer'...anyway tqvm :)

    ReplyDelete
  3. gee ryder ~ sedap rasa spt oren betul n nak buatnya pun senang. Cubalah

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)