Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, October 1, 2011

Nasi Kuning


Memandangkan lauk nasi dagang masih ada lebihan, yang memang sedap juga dimakan dengan nasi kuning,jadi pagi ini saya membuat nasi kuning untuk sarapan saya suami isteri. Anak-anak pula makan mee hoon goreng yang lebih digemari berbanding nasi kuning.

Resipi asal nasi kuning ini saya 'ceduk' dari blog secubit garam. Ikutilah resipinya :


Bahan-bahan :

4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ diketuk
2 helai daun pandan ~tak letak sbb pokoknya mati...sob,sob!
garam ~ tak letak sbb takut darah tinggi....
.. he,he
sedikit pewarna kuning ~ mesti letak,kalau tak x jadilah nasi kuning!
air ~ guna sukatan biasa untuk masak nasi putih
1 sudu besar minyak sapi~ tak letak sbb apa ya...ohh x ada dlm stok
1 sudu minyak ~ 2 sudu

Cara memasak:


1.Basuh beras dan toskan.
2.Panaskan minyak dalam periuk nasi (rice cooker)
3.Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
4.Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
5.Masukkan bawang putih dan halia.
6.Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
7.Masukkan pewarna kuning.
8.Masukkan beras dan biarkan seketika.Alihkan ke dapur elektrik (rice cooker)~sehingga masak.
9.Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Tim
un Mentah dan Sambal Belacan.



Resipi lengkap,boleh klik sini


6 comments:

  1. dkna tak pernah makan nasi kuning..macam nasik minyak ker??

    ReplyDelete
  2. Adylia ~ rasanya agak berbeza, kurang berempah berbanding nasi minyak. Cubalah buat nasi kuning ni,pasti jatuh cinta!

    ReplyDelete
  3. mekasih sudi cuba nasi kuning ni :)

    ReplyDelete
  4. nora~ ohh sama-sama.memang sedaplah nasi kuning ni:)

    ReplyDelete
  5. kalo pewarna ganti ngn serbuk kunyit/kunyit idop..agk2 wrne jdik kuning x?? dan agk2 rs dye sdp x??hoho

    ReplyDelete
  6. Sha ~ warna tetap kuning tapi rasa mungkin kurang enak (ada rasa kunyitlah)!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)