Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, November 20, 2011

Nasi Minyak Gulai Kawah

Pagi ini buat nasi minyak untuk bersarapan kami sekeluarga. Nak tahu cara-cara membuat nasi minyak ini, sila klik sini.


nasi minyak hujan panas



Gulai kawah


Gulai kawah pula dibuat sebagai lauk nasi minyak ini. Jom ikuti resipinya:

Bahan utama :
Daging 500 gram ~ potong nipis

Bahan kuahnya:
4 ulas bawang putih + 1 inci halia = tumbuk halus
2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar rempah gulai kawah
santan RM2.00
1 biji ubi kentang (potong 4)
1 gelas air
sedikit gula melaka
garam + gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang putih, halia, bawang kisar dan cili boh sehingga naik bau. Masukkan rempah gulai kawah + sedikit air. Masak lagi sehingga rempah garing (pecah minyak).

2. Masukkan daging, santan + ubi kentang + lebihan air. Letak garam + gula melaka + gula secukup rasa. Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga daging empuk.Angkat setelah daging + ubi kentang empuk.

10 comments:

  1. Boleh try nih ! Hihi

    Jom joinn GA Saya ! :D

    ReplyDelete
  2. Yasmin ~ cuba jgn x cuba:)

    ok dah pun join, thanks jemput:)

    ReplyDelete
  3. e'eh..bagusnye pagi2 dh masak nasik...special pulak tuh...

    hmmm...dh lama x mkn gulai daging...terliuq pulak tengok..:)

    ReplyDelete
  4. ungu violet ~ time cuti je pun masak...:)

    ReplyDelete
  5. merah ~ aik tak tidur lagik, dah lewat ni! Boleh nnti makan bila doh balik sini.........daging qurban byk lagi!

    ReplyDelete
  6. sedapnye..
    ada masa boleh try resepi ni.. ^_^

    ReplyDelete
  7. merah~ your mum love that too...:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)