Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, October 17, 2011

Sotong goreng kunyit limau purut



Masakan minggu ini masih berkisar tentang masakan makanan laut. Kali ini, atas permintaan si bungsu, Syu yang mahu makan sotong goreng kunyit....jadi hari ini aku buat sotong goreng kunyit limau purut. Sedap juga rasanya, ala-ala tomyam gitu. Jom cuba, mudah dan ringkas juga penyediaannya...:)


Bahan utama :

5 ekor sotong ~potong bulat (gaul dengan kunyit serbuk + garam : goreng sekejap)

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih ~ tumbuk kasar

3 tangkai cili padi ~ tumbuk kasar

2 sudu besar bawang kisar

4 helai daun limau purut

1 labu bawang besar (mayang bulat)

Sedikit air dan serbuk kunyit

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis (kecuali daun limau purut dan bawang besar) sehingga garing.

2. Masukkan daun limau purut + air + serbuk kunyit. Kemudian masukkan garam + gula secukup rasa.

3. Masukkan sotong + bawang besar. Masak sehingga bawang besar sedikit layu, kemudian angkat.

12 comments:

  1. mak aih pitam ! mintak siket .. hehe ~

    ReplyDelete
  2. aih...
    sedapnya sotong goreng..
    makan dengan nasik panas..
    tak payah lauk lain dah..

    ReplyDelete
  3. deeya ~ lambat sgt mintak , tapi sayangnya dah habis..!he,he..

    ReplyDelete
  4. diana~ betul tu, sedap makan panas2 + nasi putih panas =sekali hadap boleh habis!

    ReplyDelete
  5. KH ~nape lambat sangat kabo,licin doh habis...he,he...

    ReplyDelete
  6. hmmm... nampak menarik... xpenah makan masakan yg ni...

    ReplyDelete
  7. Sedapnye tengok gambaq sotong...esok saya nak masak sotonnggggg...!

    ReplyDelete
  8. soly ~maksudnya kena isi lah tu!

    ReplyDelete
  9. alongxp ~boleh cuba tu, n memang sedap:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)