Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Tuesday, January 24, 2012

Ikan Merah Masak Sweet Sour Bersayur

Hari ini masak satu lauk saja tapi seperti biasalah mesti seimbang. Tak lain tak bukan iaitu masakan sweet sour bersayur, namun resipinya agak berbeza sikit dari yang biasa-biasa aku buat. Kali ini, versi pedas supaya boleh menambah selera sipemakannya...yang selama ini pun memang sudah berselera!He,he,he....

Bahan utama :
2 keping ikan merah digoreng

Sayur :
1 batang lobak merah
bunga kobis

Bahan kisar :

1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 - 10 biji cili padi

Bahan sos

4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 cawan air

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar  sehingga naik bau. Masukkan bahn sos, kacau sehingga sebati > masukkan sayur. Perasakan dengan garam + gula secukupnya.
2. Setelah sayur agak layu, masukkan ikan merah. Masak 2 -  5 minit lagi,kemudian angkat.  


10 comments:

  1. Nampak sedao je ikan merah masak sweet sour tuh 3K!

    ReplyDelete
  2. sedap2..terliur pula bila tgok....^^

    ReplyDelete
  3. huih, feveret belalang nih... nak kena merengek kat mrs.belalang la mcm nih, soh buat satu... hehe

    ReplyDelete
  4. waa..sedapnya..nti bila2 nak try gak la menu ni...terliur tgk..

    ReplyDelete
  5. sedapnya...mcm gini msk 1 lauk je pon ok..ada syur sekali kan...

    ReplyDelete
  6. saya xmkn sgt ikan merah...boleh tukar ke ikan bawal ni kalau nak masak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je guna ikan bawal atau ikan lain.

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)