Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, January 2, 2012

Susah sangat ke nak buat?



Pernah tak guna tandas awam? Pasti pernah kan. Berdasarkan pengalaman aku menggunakan tandas awam ini sama ada yang terdapat di pasar raya atau tempat rekreasi, aku terperasan satu perkara iaitu wayar air yang terdapat dalam tandas tu! Jarang-jarang sangat aku tengok wayar air tu diletakkan balik kepada penyangkutnya, biasanya dibiarkan saja di lantai tandas tu!

Susah sangat ke nak sangkut wayar air tu kat penyangkutnya selepas digunakan? Inilah sikap tidak bertanggungjawab pengguna yang rata-rata sudah sebati dengan jiwa rakyat negara ini. Jadi cuba fikir, bagaimana nak tandas awam yang bersih jika perkara sekecil itu pun kita tak mampu nak melaksanakannya!

Ingat, kebersihan adalah sebahagian daripada iman, dan semua ini terlaksana melalui amalan yang kita lakukan....fikir-fikirkanlah dan jadilah seorang yang bertanggungjawab dalam tindakan yang dibuat!

6 comments:

  1. salam teratai..mama pun selalu jumpa kejadian begini..hu2x..betul,org2 kita kurang bertanggung jawab kot..

    ReplyDelete
  2. ye kak .. kadag2 tu sakit ati bila wayar air tuu terjelepukk kat lanmtai .. kebersihan x dijaga langsung , nak org yg menggunakan sebelum nie terlalu mementingkan diri !!! erghhhh

    ReplyDelete
  3. hai..hai..slmt thn baru..aritu kan sy g pasar borong wakaf mempelam..nak terkucil sgt2.g la kat tandas..rm0.30 cas..giler sy ckp..tandas kotor yg amat..air kena cebok kat luar wat msk dlm tandas..tak patut betulla..........

    ReplyDelete
  4. mama aini ~ sama2 bertanggungjawab barulah tandas menjadi bersih!

    ReplyDelete
  5. ieda ~ sebab tu kena ada kesedaran n disemai dalam jiwa anak2 supaya menjaga kebersihan.

    ReplyDelete
  6. cik dah faridah ~ memang sakit hati juga bila doh kena bayar agak mahal tapi servisnya tak memuaskan!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)