BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, February 22, 2012

Peta Kawasan Kajian Perniagaan Pasar Malam


 Pelajar -pelajar perlu menyediakan 2 jenis peta untuk kawasan kajian masing-masing iaitu

1. Peta 1 : Peta Lokasi kawasan kajian di daerah masing-masing.

2. Peta 2 : Peta Lokasi kawasan kajian (tapak pasar malam).

Berikut diberikan langkah-langkah untuk membina peta-peta berkenaan dengan berpandukan kepada google map. Ikuti langkah-langkahnya :

Langkah 1 ~ Tekan widget google map yang diletak di ruangan kanan blog ini.



Langkah 2 ~ ubah angka untuk width dan angka untuk height ( bagi mendapat saiz peta yang besar). Tulis lokasi kawasan kajian anda.

 
3. Setelah itu tekan PrtSc SysRq > Paint > Paste > Save. Guna program photoscape untuk crop, masukkan mata angin, bingkai peta (frame) dan tajuk peta.




4. Ulangi langkah yang sama untuk peta 2. Masukkan mata angin, petunjuk, bingkai peta dan tajuk peta.



Untuk meletakkan peta dari google map ke microsoft office word, boleh lihat tutorialnya di url ini :

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/02/peta-kawasan-kajian-kerja-kursus.html

17 comments:

  1. salam teratai..ehem macam2 tugas yg perlu dibuat olh pelajar skrg ni ya?..he2x.masa mama dulu..rilex ye !!..sbb tu belajar pun sambil lewa je..hu2x..

    ReplyDelete
  2. mama aini ~ sbb tu guru2 cuba bantu utk meringankan beban tugas mereka!

    ReplyDelete
  3. Alahai..kesian cikgu2 skrng nie yer.. takpe.. balasannyer cukup besar.. & hanya Allah shj mampu memberi syafaat kepada mereka..

    ReplyDelete
  4. Mohammad Abu Bakar Kamal ~ terima kasih:)

    ReplyDelete
  5. terima kasih..
    maaf..copy paste..

    ReplyDelete
  6. Mezrem Myza ~ ok,no problem:)

    ReplyDelete
  7. bole ambik dari internet tak gamba peta tuh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peta 1 boleh ambik dr internet tp kena crop,letak tajuk dan buat petunjuk untuk kawasan kajian.

      Peta 2 kena lukis samada guna komputer atau lukis tangan

      Delete
  8. peta kalau ambik dari internet boleh eh ?

    ReplyDelete
  9. salam.. dalam peta lakaran saya, ada disertakan sekali tempat tinggal saya.. adakah simbol bagi rumah merupakan petempatan ? atau lebih sesuai perumahan?.. dan perlukah saya nyatakn nama taman tersebut ? lepas tuu, saya kena nyatakn rumah saya ka spt mewarnakannya dgn warna yg b'beza ? ka x perlu ? TERIMA KASIH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik tulis kawasan perumahan. Tak perlu nyatakan kawasan rumah anda tp bergantung kpd guru geo sekolah anda!

      Delete
  10. Salam. Bukan ke kena buat peta lakar ? Ke boleh jugak gune kaedah ni ? Tak payah lha lakar-2 kan ? Ke mcm mne eh ? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peta 2 kena lakar sendiri s/ada guna kaedah paint di kpmpuyer atau lukis sendiri

      Delete
  11. salam . tumpang tnye ..
    lepas kite tkr height dn weidth dia tu .. aftr that , kite kena tkn PrtSc SysRq ni kan .. dkt mne kite nak jmpa ar prkataan tu . sy tak jmpe laa. harap dibantu ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok di keypad PC anda, cari perkataan print sreen dan tekanla

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...