Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, July 9, 2011

Kitar Semula

Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menyumbang kepada penjagaan alam sekitar. Sebenarnya amat mudah, jika kita memahami konsep 3R yang dimaksudkan dalam kitar semula.

1. Reuse (Guna semula)

Kita boleh menggunakan semula beg-beg plastik atau beg kertas yang diperolehi ketika membeli-belah sebagaimana yang dilakukan Yat baru-baru ini...menggunakannya untuk meletak pakaiannya ketika balik kampung pada masa cuti sekolah yang lepas! Mudah dan menjimatkan kos tak payah beli beg pakaian yang baru..:)



2. Reduce (Kurangkan penggunaannya)

Jika anda peka, sudah tentu anda tahu bahawa setiap hari Sabtu, semua pusat membeli-belah atau pasar raya tidak membekalkan plastik. Ini merupakan langkah untuk mengurangkan penggunaan plastik kerana plastik amat sukar untuk dihapuskan. Keterangan lanjut boleh baca di link ini.



3. Recycle (kitar semula)

Setiap hari atau di hujung minggu akan kedengaran suara "surat khabar lama,bateri lama...." dilaungkan dari lori apek! Jadi gunakan peluang ini untuk menjual surat khabar lama atau apa-apa yang boleh dikitar semula. Bukan sahaja rumah kita bersih tetapi kita juga dapat memelihara alam sekitar daripada dipenuhi barang-barang terbuang yang sebenarnya boleh dikitar semula!

"bertindaklah sekarang untuk kebaikan bersama"

7 comments:

  1. Huhu betul tu..kita perlu ada kesedaran ni..kalu tidak kesian bumi kita..

    ReplyDelete
  2. Masa cuti hari itu, adalah buat 'spring cleaning' bersihkan rumah dan buang barang yang dah tak berguna. Barang berguna yang tak diperlukan seperti buku-buku dan majalah lama yang masih elok dihantar ke rumah anak-anak yatim. Ada juga majalah diberikan kepada klinik-klinik. Baju-baju t-shirt yg serap air dijadikan kain pengelap. old books yg rosak dan newspaper dijual.. Mahal sekarang harga kertas.

    ReplyDelete
  3. baguslah akak..satu lagi kan,sekarang byk penggunaan plastik..kdg2 lia rasa takut nk buang plastik bl mengingatkan tempoh yg diambil utk hancur makan masa yg lama..tp plastik ttp byk digunakan..baikla guna beg2 yang terpakai tu tuk letak barang..:)

    ReplyDelete
  4. KH~kesedaran n bertindak memang diperlukan utk menjaga bumi bebas drp pencemaran!

    CikguGeo~welldone, itulah yg diharapkan spy tiada pembaziran sumber!

    Lia~betul tu di negara2 maju, memang tiada beg plastik disediakan,kena bawa sendiri itupun beg kitar semula (green dot beg)

    ReplyDelete
  5. kat rumah ni ada 5 kotak surat khabar dan majalah sedang tunggu lori dtg nak jual

    ReplyDelete
  6. Kitar.. jgn xkitar ^_^

    suka kmpul tin dgn surat kabar.. hehe.. leh jual.. ahakz..

    ReplyDelete
  7. ct N honey~tindakan yg bagus tu..teruskan:)

    Aretikz~tin n sukatkhabar pun boleh dtgkan hasil kan!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)