BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, November 1, 2012

Hari Raya Haji Ketiga : Nasi Impit Kuah Kacang Ayam



Pada asalnya, aku nak masak nasi impit kuah kacang ni pada hari raya pertama, tapi atas permintaan Angah yang mahu bawa balik nasi impit kuah kacang ini ke UM pada hari Ahad (28/10/12) jadi hidangan ini aku masaklah pada hari ketiga hari raya korban (berkorban apa saja untuk anak-anak tercinta....hehehe). Ini merupakan menu kuah kacang terengganu sebagaimana ditulis oleh Cik Rose Cute. Ada juga kuah kacang yang sedikit berbeza daripada resipi kuah kacang aku ini seperti yang dimasak oleh acik erna. Jom tengok resipi kuah kacang aku pula yang biasanya aku letak ayam di dalamnya.

Bahan Utama :

1/2  atau 1 ekor ayam ~ potong kecil
500 - 700 gram kacang tanah ~ bakar dalam oven (30 minit) kemudian kisar (kasar dan halus ~kisar  1/2 kulitnya juga)
5 hingga 6 sudu besar cili boh
RM5 santan
 
Bahan Kisar:

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah/ 2 labu bawang besar
1 inci halia muda

Bahan Pelengkap :

1 mangkuk kecil asam jawa ~ jangan letak terlalu banyak (sedikit sahaja) atau 2 keping asam gelugur
3 atau 4 batang serai ~ dititik/ketuk
Gula Melaka + garam
1 gelas air

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan serai + bahan kisar. Tumis sehingga garing.

2. Masukkan cili boh + gula melaka dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan sedikit air ketika tumis untuk pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan kacang tanah  + santan + air asam jawa (atau asam gelugur) + air. Garam + gula melaka + gula secukupnya. Tutup api apabila kuah kacang itu pecah minyak.


12 comments:

  1. 1st time dengar kuah kacang letak ayam.. ape rasa ye??
    best tak??

    ReplyDelete
  2. Kalu boleh beri jumlah kalori untuk semangkuk hidangan lebih elok....hi,hi,hi...cuba baca my post di http://watching-the-rain.blogspot.com/
    Bimbang kalu makan tak 'beringat'....sedor2 dah jadi gemok macam mok long ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure doh ni beratus2 kalorinya, almaklum nasi (kabo) + kuah kacang (lemak) = tambah berat badan/kolesterol,tapi kena seimbangkan dengan senaman barulah sihat tubuh badan!

      Mok Long

      Delete
  3. Replies
    1. terlupa ingatkan dah letak

      ok tu dah letak....hehehe

      Delete
  4. tengok pun sedap neh. tak makan lagi huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. demi anak2 kan teratai..mama dia sanggup buat apapun..

    ReplyDelete
  6. my peberet ni... raya pertaman mak dah buat best

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun feberet kak sekeluarga. Tapi raya tahun ni tak sempat buat lagi!Nasi impit nona dah beli...cuma tak ada masa lagi nak buat, sibuk sikit raya kali ni...

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...