Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Thursday, February 14, 2013

Asam Pedas Ayam




Rasanya sudah agak lama juga saya tidak masak asam pedas. Jadi kali ini, memandangkan masih dalam cuti sekolah sempena CNY saya berkesempatan masak asam pedas ayam untuk hidangan tengah hari pada hari ini. Jom kita ikuti resipinya yang telah saya permudahkan...

Bahan utama ~ se ekor ayam (potong kecil-kecil)

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering (celur sekejap dalam air panas & toskan)
5 ulas bawang besar
1 labu bawang besar (saiz sederhana)
5 tangkai cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia muda
sedikit belacan

Bahan pelengkap :
1 mangkuk kecil air asam jawa
3 gelas air
1 batang serai (dititik)
1 biji tomato
bunga kantan/daun kesum

Cara-cara memasak :

1. Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga garing/naik bau.

2. Masukkan ayam + sedikit air + bunga kantan/daun kesum (untuk membangkitkan bau ~ tak letak pun!). Masak seketika.

3. Masukkan air asam jawa + air.  Garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah agak pekat.

4. Sebelum matikan api, boleh masukkan tomato yang dibelah 4 (jika suka).

sumber : my resipi asam pedas ayam 

7 comments:

  1. walaupun papa saya orang melaka dan menu kat dalam rumah ni selalunya asam pedas...tapi belum pernah makan asam pedas ayam...boleh cuba ni... thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  2. Membayangkan diri ini tengah masak ayam tu.. oh tidak!! terpaksa berhenti membayangkan.. lapar pula.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Cuba membayangkan diri ini memasak.. namun.. apakan daya.. terpaksa kena stop.. sal mcm lapar pula.. hehe..

    ReplyDelete
  4. assalam dear..mama tak makan ikan..ehem thanks atas perkongsian resepi ayam asampedas ni..selalu org masak ikan je.. hu2x..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)