Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, April 7, 2013

Ikan Tongkol Masak Keng Som


Hari ini masak resipi jiran sebelah utara iaitu asam pedas ala songkla! Sedap kata si angah sebab pedas sampai ke telinga....
Biasalah anak-anakku memang mengemari lauk-lauk yang pedas! Lagi pedas lagi menyengat, betul tak? Lagi menambahkan selera makan...




Bahan Utama : 3 keping ikan tongkol (nak guna ikan jenis lain pun boleh)

Bahan Kisar :

3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
5 - 7 tangkai cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 batang serai
sedikit belacan


Bahan Pelengkap:


semangkuk air asam jawa
2 keping asam gelugur

1 1/2 sudu besar pes keng som
air secukupnya.

Cara memasak :

1. Satukan semua bahan. Masak sehingga mendidih.

2. Masukkan ikan + garam + gula secukupnya. Bila sudah mendidih, siap untuk dimakan bersama-sama nasi putih panas.

Nota : boleh letak kangkung atau nenas.





link-link:

keng som songkla
kheng som 


1 comment:

  1. betul betul..
    lagi pedas lagi menyengat.
    nyum nyum nyum..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)