Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, August 12, 2013

Ikan ebek masak keng som


Hari ini masak ikan ebek dua keping untuk makan tengahari. Menu simple tetapi seimbang sebab ada sayur di dalamnya. Ikan ebek ini saya masak keng som. Pedas tapi sedap kata anak-anak. Jom lihat resipinya

Bahan utama : 2 keping ikan ebek

Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
2 batang serai 
sedikit belacan
cili padi (5 -6 tangkai)
1 tangkai cili merah

Bahan kuah :
1 mangkuk air asam jawa
2 keping asam gelugur
1 1/2 sudu besar pes keng som
air secukupnya

Sayur :
kangkung


Cara-cara memasak :

1. Campurkan semua bahan kisar + bahan kuah = masak sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan ebek + sayur kangkung + garam + gula secukupnya = masak sehingga ikan dan sayur layu. Angkat, siap untuk dimakan bersama-sama nasi putih panas.


2 comments:

  1. assalam teratai..cam mana rupa ikan ebek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam acik erna, rupa ikan ebek ini spt ikan cermin.Sedap cubalah...

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)