Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, August 4, 2013

Kerutuk ayam



Biasanya apabila angah balik bercuti, lauk yang diminta oleh angah ialah kebanyakannya menggunakan lauk yang bersantan. Berbeza dengan along pula, suka lauk masak merah! Jadi kali ini, saya masak lauk kerutuk ayam atas permintaan angah dan memandangkan juga masih ada lagi simpanan rempah kerutuk di dapur.

Bahan utama : 1 ekor ayam (potong kecil)

Bahan tumbuk :

1 inci halia
5 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)

Bahan campak :
Bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga

Bahan pelengkap :

3 sudu besar bawang kisar
3 sudu besar cili boh
santan RM5
1 paket kecil rempah kerutuk adabi (3 sudu besar)
2 biji ubi kentang (potong 4)
2 tangkai lada merah (belah 2)
Air secukupnya

Cara memasak :

1. Tumis bahan campak + bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan bawang kisar + cili boh + sedikit air = tumis lagi sehingga pecah minyak.

2. Masukkan separuh santan + rempah kerutuk = masak sehingga rempah garing/keluar minyak. Masukkan kaki ayam supaya empuk.

3. Masukkan ayam + ubi kentang + garam + nesan (gula melaka) secukupnya + lebihan santan.

4. Masakkan sehingga kuah agak pekat. Akhir sekali masukkan 2 tangkai lada merah. Apabila lada agak layu, bolehlah dimatikan api. Siap untuk dihidangkan untuk juadah berbuka puasa nanti.

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)