Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, September 22, 2013

Kesan migrasi terhadap kawasan luar bandar yang ditinggalkan


Pola migrasi utama di negara ini ialah migrasi luar bandar ke bandar. Kesannya bagi kawasan luar bandar yang ditinggalkan ialah

1. Berlaku ketidakseimbangan penduduk dari segi umur dan jantina.

    Golongan muda dan kaum lelaki merupakan golongan utama yang berhijrah ke bandar. Oleh itu, yang tinggal di desa ialah golongan tua, kanak-kanak  dan kaum perempuan yang tidak produktif.

2. Menyebabkan wujudnya kawasan tanah terbiar.

    Banyak kawasan pertanian tidak diusahakan kerana kekurangan tenaga buruh. Akibatnya wujud tanah-tanah terbiar tanpa diusahakan. Pengeluaran hasil pertanian juga terjejas! Bagi memenuhi keperluan penduduk, hasil pertanian seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan terpaksa diimport dari negara Thailand dan Filipina.

3. Kebergantungan kepada buruh asing.

  Bagi mengusahakan kawasan pertanian terbiar ini, pekerja/buruh asing diperlukan. Kemajuan sektor pertanian seperti perladangan kelapa sawit/getah bergantung kepada buruh asing dari negara Bangladesh dan Filipina. Ekorannya kemasukan buruh asing semakin meningkat ke negara ini.

4. Banyak sumber tidak dapat diusahakan.

    Bukan hanya tanah pertanian tidak dusahakan, tetapi sumber-sumber lain seperti perikanan, pembalakan dan industri kecil sederhana (IKS) milik keluarga tidak dapat diusahakan kerana kekurangan tenaga kerja muda. Pembangunan di desa juga terbantut/lambat dan tidak mendapat perhatian pelabur untuk mendirikan kilang. Ini kerana pasaran barangan siap berkurangan di desa kerana jumlah penduduk di desa semakin berkurangan.


No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)