Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, October 21, 2013

Sumbangan pemodenan pertanian kepada ekonomi Malaysia

Antara sumbangannya ialah :

1. Hasil Pertanian Meningkat Dan Menjimatkan Masa.

Penggunaan jentera contohnya jentera pembajak dan jentuai dalam pertanian padi sawah telah membolehkan padi ditanam 2 kali setahun atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun. Apabila hasil pertanian meningkat, pendapatan petani juga meningkat dan taraf hidup mereka juga semakin bertambah baik.

2. Pendapatan Negara Meningkat.

Pemodenan pertanian juga berlaku dalam pertanian ladang. Contohnya penggunaan motoray untuk penorehan getah yang lebih cekap dan berjaya mengeluarkan susu getah yang lebih banyak telah meningkatkan jumlah pengeksportan getah ke negara luar. Apabila jumlah eksport meningkat, sudah tentu pendapatan negara juga meninkat.

3. Kurang Pengaliran Wang Negara.

Pengeluaran hasil pertanian yang meningkat, menyebabkan kurangnya kebergantungan negara kita kepada negara luar. Oleh itu, pengurangan import komoditi pertanian juga berlaku.

4. Memajukan Industri Pelancongan.

Kawasan pertanian menjadi tarikan pelancongan. Program homestay menikmati cara hidup kampung yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau orang perseorangan secara tidak langsung telah menjadi tarikan pelancong asing.   

5. Alam Sekitar Terpelihara.

Teknik permodenan pertanian yang mesra alam menyebabkan kurangnya pembebasan bahan pencemaran. Contohnya penggunaan baja organik dan kawalan haiwan perosak secara semulajadi menjadikan alam sekitar terpelihara.

6. Semua Tempat Boleh Diusahakan Pertanian.

Pemodenan pertanian seperti penanaman hidrofonik tidak menjadi halangan kepada kawasan tanah terhad seperti mereka yang tinggal di rumah pangsa di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Teknik  rumah kaca pula boleh diusahakan di kawasan sejuk seperti TanahTinggi Cameron dan Kundasang.  Manakala teknik fertigasi menyuburkan tanah tandus seperti kawasan bekas lombong bijih timah di Ipoh membolehkan kawasan tersebut diusahakan dengan tanaman buah-buahan limau bali, jambu batu dan jambu air. 
 

1 comment:

  1. Boleh x buat post pasal: Petanian Moden menjana pendapatan tinggi rakyat malaysia: Fantasi atau realiti???.

    jemputan jadi rakan niaga: http://ww.mybisnes.ws

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)