Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, April 6, 2014

Cuti-Cuti Adelaide : Picking Cherries

Sabtu : 21 Disember 2013

Selain pengalaman memeluk koala dan memberi makan kanggaro, kenangan 'picking cherries' juga tidak dapat dilupakan. Dalam perjalanan ke ladang stella, pemandangannya sungguh cantik. Memukau mataku melihatnya.

Di Ladang Cherries Stella Creek ini, kami petik ceri...seronok!

Luas saujana mata memandang...menghijau elok utk terapi mata ni!



Setelah tiba di Ladang Stella ni, kami tak sabar-sabar nak memetik ceri...teruja apabila melihat buah ceri yang ranum masak! Manis rasa buah cerinya. Dari pokok terus masuk mulut, itu yang best tu!

Tengok tu, semua tak sabar nak petik ceri...jalan laju-laju hehehe
Memang tak sabar nak petik, tengoklah buah cerinya...besar-besar dan merah menyala warnanya! Sedapnya....

Terliur tak...nak petik dan makan!
Dan macam-macam gaya memetik buah ceri...almaklum orang 'bandar' masuk 'kampung', mana pernah jumpa pokok buah-buahan. Biasanya beli je kat pasar. Ini bila dapat peluang memetik sendiri buah, mesti tak mahu lepaskan peluang tu...ya dak??

Ada gaya tak jadi pemetik buah ceri?
Apa-apa pun, kami bersyukur kepadaMU kerana memberi peluang ini..tidak pernah terlintas pun boleh petik ceri apatah lagi memetik buah ceri di benua kecil Australia ini.

4 comments:

  1. Seronoknya tengok buah ceri segar2!
    Salam kenal. Akak dtg ziarah petang Ahad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ ziarah sini..hehe seronok makan ceri terus selepas memetiknya!

      Delete
  2. bestnya... gi memetik buah ceri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman manis semanis buah ceri!

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)