Tahun 2001
Tahun pertama aku mengajar di SMK Tanah Putih dan K. Aini (Pn. Nooraini Mohammad) merupakan antara guru sesi petang yang rapat dengan ku...almaklum sama-sama mengajar di kelas peralihan. Aku mengajar subjek Amalan Bahasa Melayu sementara K. Aini pula mengajar Bahasa Melayu. Jadi banyak perkara yang boleh kami bincangkan. Tambahan pula aku dan K. Aini sama-sama mengajar option yang sama iaitu geografi.
Tahun 2004
K. Aini dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bidang Kemanusiaan (mengganti Pn Soya) dan mula mengajar di sesi pagi. Oleh kerana aku masih lagi mengajar di sesi petang, jadi aku sudah agak jarang berjumpa dengan K. Aini...tapi keadaan ini tidak lama apabila... pada tahun...
Tahun 2006
Aku mula mengajar di sesi pagi menggantikan tempat K. Aini sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan. Manakala K. Aini pula dinaikkan pangkat menjadi GPK HEM menggantikan En Ibrahim Mat Akil yang bertukar menjadi pengetua di sebuah sekolah di Maran. Mulai tarikh ini, persahabatan aku dan K. Aini semakin akrab...banyak pengajaran dan pengalaman yang aku perolehi...sama ada sebagai guru atau pengalaman hidup. Terima kasih K. Aini!
Tahun 2009
Akhir Disember,2009 aku dikejutkan dengan berita kematian suami K. Aini. Aku tumpang bersedih ...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tapi K. Aini memang tabah. Berbagai dugaan yang dihadapi dan K. Aini hadapinya dengan tenang.
Tahun 2010
Episod pertemuan aku dengan K. Aini akan berpisah juga akhirnya apabila permohonan tukar K. Aini diluluskan. Akhirnya K. Aini melaporkan diri ke Sekolah Sri Ampang pada akhir bulan September,2010.
*Jasamu tetap ku kenang walaupun dirimu kini
sudah berada di sekolah baru..
jangan lupakan kami di SMK Tanah Putih*
sudah berada di sekolah baru..
jangan lupakan kami di SMK Tanah Putih*
Memang banyak yang kita dapat pelajari daripada pengalaman hidup K.Ani.
ReplyDeleteWalau saya sempat hanya beberapa tahun bersama dengan beliau, tetapi urusan kerja menjadikan kami cepat mesra dan mudah akrab. Sekali-sekala ketika berkesempatan bertemu di meja makan kantin, kami sering berkongsi kisah hidup keluarga termasuklah cerita anak-anak yang kian meningkat dewasa ....
Memang terasa sangat kehilangan seorang yang boleh dianggap sebagai kakak. Yang sangat tabah menghadapi setiap ujian yang mendatang...
Semoga K.Ani bahagia di tempat baharu bersama anak-anak....
Betul tu Ros,kadang-kadang terfikir oleh saya, mampukah saya menghadapi segala dugaan sebagaimana yang K. Aini alami...dan bolehkah saya menjadi setabah K. Aini. Saya sebenarnya mengagumi ketabahan K. Aini menghadapi ujian Allah ini.
ReplyDeleteSemoga K. Aini gembira di samping anak-anak tercinta.