BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Wednesday, November 16, 2016

Kunjungan Yang Tak Disangka-sangka!!

15 Nov 2016 (Selasa)
9.45 pagi
Aku sedang minum teh tarik di kantin sekolah bersama-sama chah. Tiba-tiba mendapat call dari Ezmah. Suspen juga bila Ezmah bagitahu ada seseorang nak berjumpa dengan aku. Aku pun bergegas ke tempat rehat di hadapan bilik aku. Terkejut juga kerana susuk tubuh seorang lelaki yang aku nampak berada di situ.

Ahhh bila terpandang wajahnya, aku seakan-akan mengimbau kembali wajah-wajah anak-anak didikku di SPA. Tak salah lagi, dia salah seorang anak didikku yang aku ajar hampir 26 tahun dulu! Aku menjadi guru kelasnya ketika itu iaitu kelas 6A3. Masa itu, aku baru saja bertugas sebagai guru..baru setahun jagung kata orang!

TQVM Hasmadi sudi bagi gambar ini.


Tapi sayang, aku tidak dapat bersembang lama dengan Hasmadi kerana dalam pukul 10 pagi aku ada mesyuarat dengan pengetua.

Jadi sebelum berpisah tu, sempatlah Hasmadi mengambil gambar ku,katanya kawan-kawannya nak lihat wajah cikgu sekarang...hihihi


dan bergambar juga dengan Hasmadi (terima kasih banyak-banyak sebab sudi bertandang ke sekolah cikgu dan juga masih mengingati cikgu).


Saturday, February 15, 2014

Pertemuan Dan Perpisahan


17 Januari 2014.

Merupakan tanggal bersejarah buat rakan sejawat Pn Wan Bahiah bt Wan Nik yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai guru. 


 K. Wan yang bersara pada usia 55 tahun.
Nampak masih muda trang-tang-tang! Apa rahsianya awet muda tu??

 Di sebelah petangnya, kami meraikan k. wan di Hotel City Times
yang terletak di Indera Mahkota 2, Kuantan.


 
Jamuan hi tea ini atas usaha Pn Noraihan Zainal Abidin. 
Terima kasih Noraihan.

 Antara rakan-rakan yang sertai hi tea ini ialah Pn Rosnita, Pn Ezmah,
Pn Roshanilawatey, Pn Rosiah, Pn Norhafizah, Pn Adhipah juga...

Pn Rozmiza , Pn Rohana dan diriku..


Hidangan hi tea ini juga berbaloi...
kenyang sampai ke malam!!

Pencuci mulut - puding.

Sunday, December 8, 2013

Banjir Melanda Lagi!

Bila tibanya penghujung tahun, negeri-negeri pantai timur akan dilanda banjir. Boleh dikatakan setiap tahun, negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor akan dilanda banjir. Ini sudah lumrah kerana pada waktu ini iaitu dari bulan November angin monsun timurlaut akan bertiup dan membawa hujan lebat di negeri-negeri ini. Penduduk di negeri-negeri ini juga pun sudah maklum akan kedatangan banjir ini saban tahun.

Namun kali ini, bencana banjir yang melanda negeri-negeri berkenaan agak luar biasa terutamanya bagi negeri Pahang dan khasnya bagi bandar Kuantan. Mangsa banjir bagi Pahang mencatat jumlah yang besar iaitu melebihi 40,000 orang dan daerah Kuantan sahaja meliputi separuh daripada angka tersebut! Kenapa ini berlaku? Adakah kerana pembangunan yang pesat di Kuantan puncanya!

Bandar Kuantan mulai dinaiki air apabila hujan tidak berhenti-henti dalam tempoh 2 hari bermula pada 2 Disember hingga 3 Disember. Nadi Kuantan lumpuh apabila semua jalan utama di Kuantan ditenggelami air. Hujan berlarutan selama hampir seminggu. Kawasan rendah seperti Perkampungan Sg Isap, Bukit Rangin, Cenderawasih, Taman Guru dan Permatang Badak ditenggelami air.  Kejadian banjir ini mengingatkanku tentang banjir pada tahun 2001 yang kami alami. Nak tahu ceritanya klik sini. Juga kejadian aku terperangkap dalam banjir pada tahun lepas..klik sini untuk baca!

Kali ini, aku dan keluarga selamat, syukur alhamdulillah. Namun risau tetap bertakhta di hati pabila melihat hujan mencurah-curah tanpa henti...semoga mereka yang terlibat sentiasa dalam lindunganMU Ya Allah. Hanya doa yang tidak putus-putus aku panjatkan ...setiap kali selepas solat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Semoga mereka yang terlibat dengan banjir kali ini tabah, Allah menguji hambaNYA untuk meningkatkan darjat keimanan seseorang...

Untuk melihat gambar-gambar banjir di Kuantan, sila klik Life @ Kuantan

Monday, December 24, 2012

Terperangkap dalam banjir!

Hari ini, saya bersama-sama wani, ira dan syu bersarapan di kedai berhampiran rumah saja. Selesai bersarapan, dalam lingkungan 10.30 pagi, kami pergi ke sekolah syu untuk membeli buku-buku syu bagi tahun depan. Hujan sudah mulai lebat!

Selepas itu dalam setengah jam kemudian, kami bergerak ke sekolah ira pula. Hujan sudah semakin lebat tapi tiada tanda-tanda akan berlakunya banjir! Hujan mencurah-curah tiada henti, saya dan syu hanya menunggu saja di dalam kereta sementara wani dan ira berkongsi payung menuju ke kedai koperasi sekolah ira untuk membeli buku-buku ira. Lebih kurang 20 minit kemudian, urusan membeli buku ira selesai.

Kami terpaksa membatalkan niat untuk membeli kasut sekolah wani, ira dan syu kerana keadaan hujan yang makin menggila! Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami berpaksa 'berpatah balik' kerana jalan-jalan yang biasa dilalui telah dinaiki air! Akhirnya kami tiba di rumah dalam jam 1.00 t/hari setelah meredah air bah di beberapi lokasi di kawasan perumahan Bukit Sekilau/Bukit Ubi, Kuantan.

Situasi air banjir di Indera Mahkota 8 ~ gambar diambil ketika balik dari pusat bandar
Sepanjang perjalanan pulang itu, kami memohon kepada Allah agar menjauhkan sebarang musibah dan permudahkan laluan kereta kami... Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir

Syukur alhamdulillah Allah permudahkan laluan kami!  

Thursday, January 26, 2012

Istimewa dari along...


bersungguhnya along membuatnya,
bagi memenuhi kehendak emaknya,
merekabentuk beg spek penuh gaya,
siap dihias reben diatasnya.

kini spekku dah ada bekasnya,
akan ku jaga dengan penuh cinta,
sebagai tanda menghargainya,
  cenderamata buatan tangan along adanya!



Saturday, December 31, 2011

2011 ~ Era baru buat mereka!



Tahun 2011 ~ membawa kenangan bermakna buat mereka. Setelah menyumbangkan bakti sekian lama kepada dunia pendidikan, mengemudikan perjalanan sebuah organisasi yang penuh pancaroba, akhirnya mereka melabuh sauh pelayaran. Ini bukan titik noktah bagi mereka tetapi merupakan era baru yang amat dinanti-nantikan selama ini....


Ikutilah rentetan majlis persaraan yang berlangsung di sekolahku sepanjang tahun ini..



Pembantu Makmal : En Kanapathy
bersara wajib pada 4.4.2011

~masih aktif dalam dunia perniagaan
mungkin ini yang dinanti-nanti : full time berniaga!


Pengetua : En Moy WahGoon
bersara wajib pada 27.4.2011

~ minat menulis buku dan melancong
mungkin ini yang ditunggu-tunggu selama ini!


Ketua Bidang Bahasa : Pn Yip Wai Lin
Bersara pilihan pada 01.06. 2011
~begitu gembira menjadi surirumah yang
memang dinanti-nantikan selama ini....


Ketua Panitia Kimia : En Sebastian Rajah
bersara pada 14.10.2011
~kini dapat mendampingi isteri dan anak-anak tercinta
yang sentiasa di hati beliau...

Friday, December 30, 2011

2011 ~ Impian tak kesampaian :(



alamak macam mana tu!
tak turun-turun berat nih!
dari awal tahun
hingga akhir tahun
lagu tu jugak
beratnya..
dah jadi berat berlebihan!

nampaknya..
impian ku untuk dapat berat badan ideal
macam angan-angan mat jenin
jadi impian tak kesampaian akhirnya!!


Wednesday, December 28, 2011

Terpinga-pinga!

Kring,kring,kring...loceng berbunyi. Tiba-tiba je berbunyi. Aik dalam pejabat Tabung Haji pun ada bunyi loceng, macam kat sekolah je. Tapi tu bunyinya macam 'warning' kebakaran!,beritahu aku kepada Ira dan Wani. Ada bau asaplah, kata aku...masa tu aku sibuk isi borang!

Tiba-tiba security guard suruh kami semua keluar, katanya ada kebakaran di tingkat satu! Kelam kabut aku anak beranak keluar. Tapi bila aku tengok tingkat satu bangunan tabung haji tu, tak ada pun asap....tadi kata ada kebakaran, eh,eh mana asap dan apinya. Hairanlah pulak aku jadinya!

Eee..yoong, eee..yoong..eee...yong bunyi siren kereta bomba dan ambulan (rescue 999) datang seketika kemudian. Aku masih melilau-lilau tengok kot-kot ada yang cedera, tapi .....tak ada apa-apa pun! Makinlah hairan bin ajaib jadinya aku....

Last-lastnya, barulah aku tahu rupa-rupanya latihan for fire drill rupanya....tak fasal-fasal aku anak beranak terlibat sama, menjadi 'ahli' tanpa diundang dalam drama ini.

Monday, January 31, 2011

Kelakar sungguh ....

Semalam aku, suamiku dan anak-anak pergi ke Kuala Lumpur iaitu ke Jalan TAR untuk mencari buku-buku farmasi along yang akan dibawa ke Australia! Setelah membeli buku-buku itu (mahal ooo...RM500 ~aku ambil resit untuk claim income tax!), kami pun pergilah 'shopping' beli tudung skalop....susah sungguh nak cari! Banyak dah kedai dijajah, tak juga jumpa-jumpa.

Nak dijadikan cerita, suami aku ni dengan dua orang anaknya, pergilah ke Kedai Gulatis Silk House, dengan niat nak tolong cari kedai jual tudung skalop ini....Aku dengan tiga orang anakku pun mencari juga di deretan Pasaraya Kamdar iaitu di Arked Malindo, alhamdulillah akhirnya berjumpa dengan tudung idaman hati tu...senyum meleretlah along dan angah!

Aku pun telefon suamiku, tapi tak berjawab...selang beberapa minit suamiku pun telefon

aku: kita orang dah jumpa tudung tu..

suami : kat mana?

aku : dekat Kamdar, depan Kedai Hari-Hari

suami : ok...

Tunggu punya tunggu, suami dan dua anakku tak muncul-muncul....mana ni???

Suamiku telefon semula....

aku : kat mana?

suami : depan Kedai Hari-Hari lah!

Aku dan along, angah dan wani tengoklah depan Kedai Hari-Hari...

aku : eh,eh...mana ada, tak nampak pun!

suami : Ke Kedai Hari-hari kat sini bukan se?

aku : mungkin juga...macam ni lah datang je balik ke arah Kamdar,kita tunggu kat luar arked ni..

Akhirnya, suamiku dan dua lagi anakku berjumpalah kami di Arked Malindo tu....
Inilah pengalaman pertama kami sekeluarga 'shopping' di Jalan TAR, sebab masing-masing tak tahu selok-belok tentang perniagaan di sini...jadilah seperti 'rusa masuk kampung'...kelakarlah pulak bila dikenang-kenangkan peristiwa samalam :)

Monday, January 24, 2011

Pernah dapat ucapan ini tak?

Seronoknya aku tak terhingga, apabila seseorang mengucapkan, "Hati Aku Cinta Kau Seorang!". Senyuman aku meleret sampai ke telinga, sambil tangan aku menerima bungkusan itu...

Eh,eh jangan salah sangka ye atau fikir yang bukan-bukan....!!

Kata-kata itu sebenarnya diucapkan oleh anak-anakku (along dan angah), semasa mereka menghulurkan bungkusan gula-gula HACKS yang aku minta mereka beli. Saja je mereka nak mengejutkan maknya dengan kata-kata romantik begitu! Tapi seronok juga, mendengar kata-kata romantik yang jarang-jarang aku dengar sejak kebelakangan ini!


Thursday, January 13, 2011

Menulis semula...setelah menghilang!

Khamis, 13 Januari, 2011

Hari ini, aku gagahkan diri menulis, walaupun diri masih terasa lemah! Sendi-sendiku masih lagi terasa sakitnya dan kepalaku masih lagi pening-pening! Ini semua bahana demam denggi yang aku hidapi hampir 10 hari yang lepas! Ikutilah rentetan peristiwanya di sini....

Khamis, 30 Disember,2010

Aku menghadiri mesyuarat guru sekolah ku di Hotel Grand City jam 8.00 pagi. Ketika itu, aku dah demam....ingatkan demam biasa aje. Namun aku sudah rasa ada kelainan pada demamku ini, iaitu sakit seluruh urat sarafku terutama bahagian pinggang, mata dan kepala! Pagi tu aku dah makan 2 biji panadol... namun demamku masih tidak kebah!

Sebelah malamnya, aku bersama suami ke klinik Syed Badaruddin, mengambil ubat demam, dan antibiotik! Doktor mencadangkan aku mengambil ujian darah untuk mengesahkan sama ada aku menghidap demam denggi atau sebaliknya!

Oleh kerana apabila aku makan ubat, demamku mulai kebah, jadi aku tidak pergi ke hospital untuk mengambil ujian darah! Rupa-rupanya tindakan aku ini membahayakan diriku...kerana selepas demamku kebah, aku mulai muntah dan cirit-birit! Tubuhku menjadi tidak bermaya!!

Ahad, 2 Januari, 2011

Aku dan suami terus ke Kuantan Medical Centre (KMC), untuk mengambil ujian darah...dan disahkan aku diserang demam denggi. Ketika itu platelet darahku 120. Aku terus dimasukkan ke dalam wad. Pada hari-hari berikutnya, platelet darahku makin merundum jatuh ke 62 dan seterusnya 52. Doktor menasihatkan aku supaya kuatkan tekad makan dan minum air dengan banyak!

Alhamdulillah, berkat sokongan yang diberikan ahli keluargaku....Yat ( memasak sup ketam, jus betik), along dan angah yang bergilir-gilir menemaniku di wad serta suami tercinta yang setia menghantar menu harianku (sup ketam dan air 100 plus ~ telah dibuang gasnya) , juga Ti yang sentiasa bertanya khabarku melalui pesanan smsnya, aku akhirnya pulih!

Aku amat bersyukur kerana adanya ma, yang sentiasa mendoakanku dan membuat sembahyang hajat supaya aku cepat sembuh! Betullah doa seorang ibu amat berkat....aku bersyukur !!

Jumaat, 7 Januari, 2011

Aku akhirnya dibenarkan pulang, setelah doktor berpuashati dengan keputusan platelet darahku yang meningkat ke 150.

Walaubagaimanapun, aku diberi cuti sehingga 11 Januari, 2011.

Jadi semasa aku menulis n3 ini, aku baru bertugas 2 hari....badan masih terasa lemah, tetapi demi tugas mengajar anak bangsa, aku gagahi juga!

Sunday, November 21, 2010

Cenderamata dari Putrajaya

Masih ingat postku bertajuk "Pergi Ke Putrajaya Dia" pada 23 Oktober yang lalu. Ini adalah kesinambungan ceritanya. Ira pulang pada hari Rabu, 25 Oktober~banyak betul souvenir yang ira beli, ada untuk setiap seorang!


untuk ayah~magnetik peti ais

untuk mak~sekotak coklat

untuk along ~seutas rantai telefon

untuk angah ~ sebuah novel

untuk wani ~ coklat

untuk adik syu ~ anak patung bear bercahaya


untuk diri ira ~ bola gambar ikan bercahaya











Saturday, November 20, 2010

Picture Of My Life Contest

GA ini anjuran Blog Segala Ceritera
Tarikh tutupnya 1 Disember 2010
Hadiah menarik, berbentuk wang tunai;

1st : Rm 150
2nd : Rm 100
3rd : Rm 50


syaratnya kena tag 3 kawan blog,
jadi saya tag

has
bella
ratu syahadah

Sesiapa nak join klik disini

Tajuk Ceritaku : Bukan Hanya Sekadar Kertas Resit




Ini mungkin kertas resit biasa bagi orang lain. Tapi bagi aku, kertas resit ini amat bermakna dan membawa pengajaran yang bernilai bagiku. Nak tahu kenapa? Jadi ikutilah kisahku ini...

Sabtu, 13 November, 2010.
12.30 tengahari


Aku bertolak dari tempat kerjaku untuk mengambil Angah yang ada seminar di sekolahnya. Dari tempat kerjaku ke sekolah Angah, mengambil masa 20 minit perjalanan. Jadi sedang-sedang eloklah aku sampai di sekolah Angah, masih ada tempat kosong di laluan hadapan sekolahnya. Aku pun memakirkan kereta inova ku betul-betul di hadapan pintu pagar utama sekolahnya.


1.00 petang

Aku melihat jam di dashboard keretaku, sudah pukul 1.00 petang tapi kelibat Angah masih belum kelihatan. Aku diberitahu oleh suamiku, seminar yang diikuti Angah akan selesai jam 1.00 petang.

Oleh kerana menunggu Angah yang tak muncul-muncul, aku sudah mulai kebosanan. Bagi menghilangkan rasa bosan itu, aku pun mulai mengambil ketip kuku di dalam tas tangan yang diletakkan di tempat duduk penumpang depan dan mengetip kuku kakiku yang dah agak panjang. Kuku kakiku dah pendek dan nampak cantik (pada pandangan mata aku lah tu..hik,hik,hik!)

"Mesti cantik digayakan dengan kasut bertumit tinggi berwarna hitam bertatahkan mata berlian (kaca sebenarnya) untuk ke majlis jamuan makan malam tempat kerjaku pada malam esok....", aku bermonolog sendirian. "Rasa-rasanya kasut tu ada dalam kereta...tapi kat mana ya?", aku bermonolog lagi. Jadi aku pun membuat keputusan untuk mencari kasut itu. Aku membongkokkan badanku mencari kasut itu di bawah kerusi penumpang depan.

Tiba-tiba aku merasakan keretaku bergerak dan mengundur ke belakang! Kemudian kedengaran hon dibunyikan, pingggggggg oleh pemilik kereta di belakang keretaku. "Ya Allah, kenapa kereta ni bergerak, apa dah jadi?", aku sudah menjadi panik, dan sepantas kilat aku menolak gear ke tempat 'N' dan menarik handbrake. Rupa-rupanya semasa aku membongkok itu, badan aku telah tertolak gear ke 'D' atau 'R', aku tak pasti!

Dalam keadaan kelam-kabut itu dan masih lagi panik, aku membuka pintu kereta dan menuju ke belakang kereta untuk melihat apa yang terjadi. Teruk ke kereta belakang aku langgar! Alhamdulillah, hanya bumper keretanya saja yang terkena dan bercalar. "Maafkan kak, dik.", kataku, memohon kemaafan akibat kecuaianku. Kemudian berlaku perbualan ringkas antara aku dan pemilik kereta proton ini (aku panggil Adik sebab masa tu tak tahu lagi namanya~punyalah panik tak teringat nak tanya nama!)
Adik : Kak buat apa, sampai kereta kak mengundur..kereta automatik ke?
Aku : ya,ya..automatik. Sebenarnya kak cari barang yang jatuh (malu nak beritahu sebenarnya mencari kasut)!".
Adik : tunggu anak form 5 ke?"
Aku : aahh, tunggu anak form 5, kata sudah pukul 1.00 petang, ni dah 1.20 tak siap-siap lagi. Adik tunggu anak form 5 juga ke?Adik hanya mengangguk.
Aku : Macam mana dengan kereta tu, nak kak bayarkan kerosakannya? (mestilah kena bayarkan, apa pulak tanya...)
Adik : Macam ni, kak beri nombor telefon. Nanti saya minta suami saya telefon kak, tengok macam mana.

Aku pun tanpa melengahkan masa menulis nombor telefon dan namaku di atas sekeping kertas dan memberi kepada si adik ini.

2.05 petang

Setibanya aku dan Angah di rumah, aku menceritakan peristiwa kemalangan itu kepada suamiku. Semasa aku bersembahyang zohor, telefonku berdering dan dijawab oleh suamiku. Suamiku memberitahu suami si adik menelefon memberitahu mungkin kos pembaikian antara RM100 hingga RM200. Aku terpaksa akur, nasi sudah menjadi bubur, memang salah aku pun!

Isnin, 15 November, 2010

7. 30 petang


Ketika itu, aku dan keluarga sedang menghadapi juadah berbuka puasa (puasa sunat bulan zulhijah), tiba-tiba telefonku berdering. Aku menjawabnya dan rupa-rupanya suami si adik yang menelefon. Setelah berbincang, kami berjanji akan berjumpa di sebuah stesyen minyak Petronas berhampiran rumahku untuk melangsaikan bayaran pembaikian bumper kereta isterinya.

8.30 malam

Aku dan suami akhirnya berjumpa dengan si adik dan suaminya di stesyen minyak Petronas.
Setelah aku membayar jumlah kerosakan itu (sebagaimana tertera dalam resit), kami berbual seketika. Rupa-rupanya banyak pula persamaan antara aku dan si adik ini. Siapa sangka ya, si adik ini memiliki anak semuanya perempuan, sama seperti aku. Juga berasal dari negeri yang sama iaitu Terengganu! Sebelum berpisah, aku sempat bertanya namanya iaitu Norly dan suaminya pula dipanggil Bang Brahim.

Pengajaran yang aku perolehi daripada peristiwa ini ialah apabila memakir kereta, pastikan ditarik handbrakenya supaya kereta tak bergerak sekiranya gearnya teralih!


Tuesday, November 16, 2010

Dalam gembira, ada sedihnya!

Selasa, 16 November, 2010.

Hari ini heboh dengan berita tentang kejayaan permohonan rakan-rakanku untuk bertukar tempat bertugas. Ada yang sudah menjangkakannya dan ada juga diantara mereka tidak menjangkakan permohonan mereka diluluskan! Suasana menjadi riuh rendah, masing-masing membincangkan tentang isu pertukaran ini.

Mereka yang dapat bertukar mengikuti suami, pastinya gembira kerana hampir setahun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta. Begitu juga dengan mereka yang dapat bertugas lebih hampir dengan tempat kediaman, juga merasa kelegaan sebab mereka tidak perlu lagi tergesa-gesa berkejar di waktu pagi untuk ke tempat bertugas!

Bagi mengabadikan persahabatan mereka yang bakal terpisah ini, mereka bergambar kenang-kenangan. Macam-macam posing diberikan...suasana meriah sekali jadinya!

Namun dalam suasana penuh kegembiraan itu, aku melihat ada dalam kalangan rakanku menitiskan air mata kerana terpaksa berpisah dengan rakan sejawat mereka. Mereka bersalaman dan berpelukan mesra sambil membisikkan...."diharap persahabatan ini tidak putus sampai di sini, contactlah ya...atau berfacebooklah ya...beritahu status terkini!"

Aku yang sebelum ini, hanya memerhati gelagat rakan-rakanku ini, juga tersentuh melihat betapa akrab dan mesranya mereka..."sebenarnya mereka merasa gembira dengan pertukaran rakannya kerana itu yang terbaik buat rakannya, tetapi dalam masa yang sama merasa sedih kerana terpaksa berpisah...."


Sunday, November 7, 2010

Dulu Lain, Sekarang Lain!

7 November, 2010
12.30 tengahari...

Aku melilau-lilau melihat kasut-kasut yang sedang dipamirkan di ruang legar sebuah pusat pasar raya. Ada sepasang kasut yang aku berkenaan, tapi tak jadi nak beli sebab 'sales girl'nya asyik leka bermain sms!

Kemudian, aku duduk di atas bangku yang diletakkan betul-betul di hadapan kedai kasut tersebut, sambil mata aku masih tertumpu pada kasut tersebut, dalam hati duk berkira-kira,"nak beli...ke tak?"

Dalam pada aku duk bermonolog sendirian tu, tiba-tiba 'salesgirl' yang duk main sms tu datang ke arah aku dan menyapa aku..."Cikgu, tak kenal ke saya?", sambil itu dia menyalami dan mencium tanganku. Aku termangu-mangu, lantas bertanya,"awak ni anak murid saya ke?". Salesgirl tu menjawab,"yalah, cikgu.Saya ni ...... (lebih baik dirahsiakan namanya)"

Kami pun berborak seketika, bertanya khabar tentangnya serba sedikit. Peluang ini aku ambil untuk bertanyakan tentang kasut yang berkenaan dihati tu. Oleh kerana harganya agak murah, akhirnya aku membeli kasut tersebut.

Sebelum keluar dari kedai tersebut, aku sempat berkata kepada 'salesgirl' itu, "makin cantik awak la ni, tu yang cikgu tak cam", dan dalam hati terdetik,"dulu lain, sekarang dah lain...dulu pakai tudung (masa sekolah), sekarang ....dah lain jadinya!!"

Wednesday, November 3, 2010

Banjir Menerjah Lagi!

gambar: google.com
November, 2010

Ketika ini negeri-negeri di utara dilanda banjir dengan teruknya. Termasuklah kampung halamanku di Kuala Terengganu. Lazimnya rumah ma dan bak akan dimasuki air hujan (jika hujan terlalu lebat~air bah kilat berlaku) dan mengambil masa agak lama untuk surut kembali. Namun tahun ini, aku agak lega kerana ma dan bak kini tinggal di rumah yat. Jadi tak perlulah memikirkan keselamatan ma dan bak ketika tibanya musim banjir....

Namun, setiap kali tibanya musim banjir ini...pasti aku teringatkan peristiwa banjir pada tahun 2001! Memang membawa kenangan yang tak dapat dilupakan, jadi kita kembali ke tahun 2001, mengimbau kenangan banjir yang aku alami...!

Januari, 2001

Aku dan famili mula menyewa rumah di Taman Sg. Isap Damai pada bulan Januari, 2001. Memang sebelum itu, kami sudah tahu kawasan perumahan ini pernah dinaiki air bah tetapi hanya sedalam satu kaki (sebagaimana takat air bah yang melekat di dinding rumah sewa ku). Jadi kami beranggapan tidak perlu dirisaukan tentang banjir ini, walaupun ramai rakanku memberitahu bahawa kawasan tersebut sering dilanda banjir!

November, 2001


gambar:google.com

Berita di Buletin Utama TV3, memaparkan kawasan amaran yang dinaiki air dan penduduknya perlu berjaga-jaga untuk diarahkan berpindah! Aku dan suamiku sudah mulai risau kerana ketika itu bahagian dapur telah dimasuki air...jadi kami perlu berjaga-jaga. Tambahan pula, ketika itu, aku baru sahaja habis pantang melahirkan anakku yang kelima iaitu Syu.

Bagi memastikan keselamatan kami sekeluarga, akhirnya kami berpindah ke rumah Yat. Selama di rumah Yat, aku mengikuti perkembangan banjir melalui Buletin Utama TV3. Kawasan Taman Sg. Isap Damai dilanda banjir dengan teruknya. Air bah mencecah bumbung rumah sewa ku. Hampir seminggu keadaan banjir ini berlarutan.

Apabila penduduk dibenarkan pulang, suamiku bersama rakan-rakan sepejabatnya menjenguk rumah sewa kami. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati keadaan di dalam rumah bagaikan 'tongkang pecah dilanda tsunami'!.
Banyak barang berharga tidak dapat diselamatkan. Dan yang paling sedih, sijil perkahwinan aku kini tiada gambar suami (menjadi putih tanpa gambar)! Begitu juga dengan sijil-sijil alongku, semuanya rosak, kesian sungguh along!

Kami bagaikan orang pelarian, pakaian hanya sehelai sepinggang, tapi nasib baik bagiku sebab dapat membelinya di Tunas Manja sebab kami ada duit!. Bayangkan mereka yang tiada duit..lagilah menyedihkan!

Kami menumpang di rumah Yat selama sebulan sebelum kami berpindah ke rumah sewa yang baru. Kami sudah serik untuk tinggal semula di rumah sewa lama itu. Kini aku dan famili tinggal di tempat tinggi supaya kejadian banjir pada tahun 2001 tidak berulang lagi.


"Kenangan pahit ini akan tetap terpahat dalam sanubariku, akan diingati sehingga ke akhir hayat dan menghantuiku
setiap kali musim bah melanda!"

Thursday, October 28, 2010

Tak salah menghulurkan bantuan!

Khamis, 28 Oktober,2010

2.05 petang

Aku pulang dari tempat kerja, tiba-tiba aku terpandang meter minyak sudah bernyala...amaran minyak dah nak habis! Tak pasal-pasal nanti kereta aku mati di tengah jalan. Jadi aku pun singgahlah ke stesyen minyak yang berhampiran.

Aku pun terfikir, sementara isi minyak tu, lebih baik aku ambil duit di mesin ATM yang disediakan di kedai SELECT. Tak salah, ibarat menyelam sambil minum air...kan. Aku pun joinlah barisan orang duk beratur nak ambil duit ni sambil dalam hati mengomel, "panjang pulak barisan ni ... dan budak-budak ni buat apa di sini ramai-ramai ~ pekerja pasaraya"

Tiba-tiba budak-budak ini menyuruh aku mengambil duit dulu. Aku pun naik hairan, kalau tak mahu ambil duit kenapa beratur! Aku pun selamba je lah ambil duit, orang dah beri laluan, grab ajelah kan!

Selepas selesai urusanku, tak sampai hati pula nak berlalu pergi aje. Kesian pulak tengok muka budak-budak ni, jadi aku pun bertanya, "tak nak keluar duit ke?" Salah seorang daripadanya menjawab.."nak tapi tak tahu caranya...boleh kak tunjukkan?"

Oh, rupa-rupanya itu masalahnya. Aku pun dengan senang hati, menunjukkan cara-cara mengeluarkan duit melalui mesin ATM tu.

Sebelum aku beredar, mereka serentak mengucapkan..."mujur ada kak...thank you".


Dalam hatiku, terdetik,..."tak salah aku menghulurkan bantuan, bukannya rugi apa-apa pun!"

Friday, October 22, 2010

Episod Pertemuan dan Perpisahan


Tahun 2001
Tahun pertama aku mengajar di SMK Tanah Putih dan K. Aini (Pn. Nooraini Mohammad) merupakan antara guru sesi petang yang rapat dengan ku...almaklum sama-sama mengajar di kelas peralihan. Aku mengajar subjek Amalan Bahasa Melayu sementara K. Aini pula mengajar Bahasa Melayu. Jadi banyak perkara yang boleh kami bincangkan. Tambahan pula aku dan K. Aini sama-sama mengajar option yang sama iaitu geografi.
Tahun 2004
K. Aini dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bidang Kemanusiaan (mengganti Pn Soya) dan mula mengajar di sesi pagi. Oleh kerana aku masih lagi mengajar di sesi petang, jadi aku sudah agak jarang berjumpa dengan K. Aini...tapi keadaan ini tidak lama apabila... pada tahun...

Tahun 2006

Aku mula mengajar di sesi pagi menggantikan tempat K. Aini sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan. Manakala K. Aini pula dinaikkan pangkat menjadi GPK HEM menggantikan En Ibrahim Mat Akil yang bertukar menjadi pengetua di sebuah sekolah di Maran. Mulai tarikh ini, persahabatan aku dan K. Aini semakin akrab...banyak pengajaran dan pengalaman yang aku perolehi...sama ada sebagai guru atau pengalaman hidup. Terima kasih K. Aini!

Tahun 2009

Akhir Disember,2009 aku dikejutkan dengan berita kematian suami K. Aini. Aku tumpang bersedih ...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tapi K. Aini memang tabah. Berbagai dugaan yang dihadapi dan K. Aini hadapinya dengan tenang.
Tahun 2010

Episod pertemuan aku dengan K. Aini akan berpisah juga akhirnya apabila permohonan tukar K. Aini diluluskan. Akhirnya K. Aini melaporkan diri ke Sekolah Sri Ampang pada akhir bulan September,2010.


*Jasamu tetap ku kenang walaupun dirimu kini
sudah berada di sekolah baru..
jangan lupakan kami di SMK Tanah Putih
*

Thursday, October 21, 2010

Kuih 'doa selamat'


Khamis, 21 Okt., 2010

8.05 pagi

Aku bergegas ke kantin untuk bersarapan pagi sebab selepas ini, aku ada kelas 3K2 pula.
Sedang enak aku makan nasi goreng yang boleh tahan rasanya...tiba-tiba aku disapa oleh Cik Pah (Pn. Sharifah Murshida) .....katanya "Kak nanti ambil kuih solat hajat atas meja Suhana". Aku mengangguk aje, sebab dah tahu (semalam mereka dah beritahu....)


9.15 pagi

Setelah pulang dari dewan (mengawasi pelajar tingkatan 3 yang berkumpul di sana), aku bertembung dengan Ustazah Bahijah yang juga menuju ke bilik guru. Sambil berborak dengan Ustazah Bahijah, aku singgah di meja Suhana untuk mengambil kuih solat hajat ni...tiba-tiba aku diberitahu dah ditukar nama jadi kuih doa selamat pulak. Apa-apa ajelah...rezeki jangan ditolak, terima aje dengan tangan terbuka. Terima kasih kawan-kawanku...

Friday, October 1, 2010

Kisah disebalik suji bilangku...


di usia remajaku
aku memang suka
menjahit suji bilang

hobiku ini aku teruskan ...
walaupun ketika itu aku telah
berumahtangga!!

sokongan suami
telah menyuburkan lagi hobiku ini...
suji bilangku ini mulai aku jahit
ketika mengandungkan along
di tahun 1990...
mungkin kerana itu
bakat seni ada menular di jiwa along!!

namun kekangan masa...
suji bilangku ini
terpaksa aku simpan
di dalam bekas tupperware!!

sehingga kesempatan itu tiba
pabila aku mengandungkan wani
pada tahun 1997...
suji bilangku ini aku siapkan
di wad bersalin di Hospital K. Terengganu
sementara menunggu wani dilahirkan...!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...