Sudah seminggu 2 biji pear ini tergolek dalam bakul buah di atas island tableku. Tiada sesiapa mahu agaknya~jadi lebih baik dibuat sirap pear sebelum menjadi busuk! Pasti selepas ini, menjadi rebutan anak-anakku....memang betul tekaanku, siap aje sirap pear ini, tak sabar-sabar Wani, Syu dan Angah meminumnya. Dalam sekelip mata, sudah habis!! Almaklum 2 biji aje,hi,hi...
Ikutilah cara mudah membuat sirap pear ini...
Bahan-bahannya :
2 biji pear (belah 4~dibuang kulit dan biji)
1 cawan air
5 camca besar gula
sedikit pewarna kuning telur
Cara membuatnya :
1. Air dan gula dipanaskan dalam periuk kecil.
2. Setelah gula hancur dan air mendidih, masukkan pear dan pewarna. Masak sehingga pear empuk (lebih kurang 10 minit).
*Sedap diminum dengan ais atau dimakan dengan aiskrim*
woot2.cam sedapppp jek.hehe
ReplyDeletesedap along, cubalah buat, tak susah manapun nak buatnya, mcm buat air sirap je....
ReplyDelete