SULEYMAN MOSQUE,TURKEY
Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.
GREAT MOSQUE OF SAMARRA, IRAQ
Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke 9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia. Salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.
Ini adalah dua contoh monumen masjid yang terdapat di Taman Tamadun Islam...sebenarnya terdapat 21 buah monumen masjid yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global dan sofistikated.
Kunjungilah Taman Tamadun Islam ini apabila ada kesempatan melawati Kuala Terengganu, Terengganu.
No comments:
Post a Comment
Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)