Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

jdr

advertorial.my

Sunday, August 21, 2011

Sup sayur pucuk





Sup sayur pucuk juga merupakan sup sayur kegemaran kami sekeluarga. Biasanya bebola ikan dalam sup sayur ini, saya buat sendiri tetapi hari ini guna bebola ikan segera saja. Ikuti cara memasaknya:

Bahan-bahan :

3 paket sayur pucuk (ada soohoon) ~ rendam sehingga kembang, kemudian bersih & toskan
1 paket bebola ikan
1 biji ubi kentang ~ potong dadu
1 biji tomato ~ belah 4

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih ~ mayang halus
2 labu bawang besar (saiz kecil) ~mayang bulat
2 cawan air

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan air + ubi kentang + bebola ikan.

2. Masak sehingga air mendidih,masukkan sayur pucuk + tomato. Masak 2 -3 minit, kemudian tutupkan api.


2 comments:

  1. saya suka buat sayur ni masak lemak,mkn dgn sambal

    ReplyDelete
  2. ct N honey ~seperti lontong ya, sedap jugak :)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...