BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, December 29, 2011

2011 ~Tahun penuh kedukaan:((

tahun 2011 sudah menghampiri penghujungnya,
namun kenangan tetap terpahat di hati,
meninggalkan kesan yang tak mungkin dilupakan,
di tahun ini, aku kehilangan ayahanda tercinta,
tanggal 20 April, bak kembali ke rahmatullah
setelah mengidap strok hampir setahun...
semoga bak ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...

tanggal 10 Oktober, aku dikejutkan dengan pemergian
seorang teman yang mengidap barah...
walaupun berjuang membebaskan diri dari penyakit ini
namun janji Tuhan tepat dipatuhi
sampai ketikanya allahyarham Engku Nor Adillah pergi jua

ketika seronok bercuti di akhir tahun..
aku mendapat perkhabaran yang menyedihkan
seorang lagi teman jua telah pergi menghadap Maha Pencipta
tepat masa ketikanya seperti dijanjikan setiap yang hidup akan mati
Allahyarham Wan Rosliza menghembuskan nafasnya
pada 12 Disember,
juga kerana serangan strok dan kerana penyakit SLE
yang sekian lama diidapinya...
semoga mereka dicucuri rahmatMu dan ditempatkan
bersama-sama orang yang beriman....amin
Al -Fatihah

8 comments:

  1. semua arwah ditempatkan diklgn orang beriman...alfatihah..

    ReplyDelete
  2. al-fatihah..
    semoga kamu tabah ye..

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

    ReplyDelete
  4. cadlynn ~ itulah doa yang sentiasa kak panjatkan selepas sembahyang..

    ReplyDelete
  5. diana~ya harap2 pun begitu,wlaupun kadang2 terlintas kerinduan kpd bak dan kenangan bersama2 teman...

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...